Liga Perdana Inggeris
Anjakan paradigma Newcastle United.
Published
4 years agoon
Newcastle United memasuki perbincangan rasmi untuk pembelian besar dengan dua ‘impian’ lagi bakal dilakukan.
Mungkin agak lambat untuk memulakannya, tetapi ‘lompatan’ perpindahan Newcastle sememangnya tidak dapat dielakkan lagi dan ia telah bermula.
Kelab ini dikaitkan dengan beberapa pemain ternama dan mahal di seluruh Eropah dan semuanya bergantung pada pengambilalihan mereka yang belum diselesaikan lagi.
Terdapat beberapa kisah yang menunjukkan minat Magpies terhadap Kalidou Koulibaly.
Pemain pertahanan Napoli itu telah dikaitkan dengan Manchester United dalam tahun-tahun terkini dengan sumber di kelab Serie A memberitahu media Itali tawaran bernilai lebih dari €100 juta telah ditolak pada musim panas.
Setelah menandatangani Harry Maguire dari Leicester City, ia menimbulkan keraguan adakah United perlu membelanjakan sejumlah besar wang lagi?
Pun begitu gossip perpindahan mereka itu tetap diteruskan sehingga kini.
PSG juga dikreditkan dengan minat yang sama namun tidak mungkin mereka bersedia untuk mengeluarkan belanja sebagaimana diminta Napoli.
Oleh itu, mengheret Newcastle merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Dengan anggapan bahawa kelab itu akan menerima ataupun memiliki dana besar yang perlu dibelanjakan setelah jutawan arab menjadi pemilik baharu mereka.
Menurut Foot Mercato, mereka mendakwa pihak Magpies secara rasmi telah mengadakan perbincangan dengan Napoli.
Malah mereka turut mendakwa bahawa pihak Newcastle tidak hanya berhenti di sana.
Mereka turut memburu dua lagi pemain ternama yang disifatkan sebagai memenuhi ‘impian’ pihak Steve Bruce untuk menandatangani Edinson Cavani dan Nabil Fekir.
You may like
-
Cavani bersikap terbuka perpindahan ke Botafogo
-
Bintang Manchester United minta kontrak 3 tahun.
-
Roy Keane tidak yakin kemampuan Cavani membantu Manchester United musim hadapan
-
Penjelasan Edinson Cavani mengenai gaya merai jaringan golnya
-
Dua rakan senegara Edinson Cavani tampil beri sokongan
-
Liverpool bersedia melakukan perpindahan pertukaran kejutan.
You must be logged in to post a comment Login