Connect with us

Arsenal

“Arsenal adalah kelab besar”- Cedric Soares.

Published

on

Pemain baharu The Gunners mengatakan bahawa dia sekarang baru mengetahui betapa besarnya Arsenal.

Pemain pertahanan kanan Arsenal, Cedric Soares telah bercakap kepada media di negara asalnya minggu ini, dalam wawancara eksklusif besama Eleven Sports.

Tempoh ‘rehat’ Liga Perdana Inggeris adalah salah satu topik dalam perbualan beliau, terutamanya kerana hal tersebut menghalangnya daripada membuat debut untuk The Gunners selepas berpindah secara pinjaman dari Southampton pada bulan Januari.

Cedric Soares mengakui bahawa beliau cukup gembira berada di Arsenal setakat ini.

Malah beliau juga memberikan beberapa pujian khas untuk kota London dan kepada pengendali pasukan The Gunners, Mikel Arteta.

Advertisement

“Arsenal adalah kelab besar dan saya mempunyai idea yang lebih jelas selepas berada di dalamnya.

“Ia adalah kelab yang wujud sejak sekian lama, saya sangat suka kerana saya mengikuti Liga Perdana Inggeris dan mempunyai perasaan terhadap Arsenal.

“Walaupun pada ketikanya, kelab telah memenangi segalanya.

“Berada di kelab sangat positif, para pemain telah melayan saya dengan sangat baik, sejak saya tiba mereka sangat baik terhadap saya, ”kata Cedric kepada Eleven Sports (melalui Record).

Advertisement

“London adalah sebuah bandar yang saya sudah kenali dan saya berasa sangat baik di sini.

“Arteta adalah jurulatih yang sangat lengkap.

“Saya masih mengenalnya, tetapi dia menunjukkan banyak kualiti.

“Dia mementingkan semua bidang, baik psikologi dan taktikal. “

Advertisement

Pun begitu, pertahanan kanan berusia 28 tahun ini lebih banyak bercakap mengenai pasukan lamanya, Sporting dan pasukan kebangsaan Portugal.

Soares bermula di akademi Sporting pada 1998 hingga 2010 sebelum di senaraikan dalam pasukan utama kelab itu pada 2010 – 2015.

Dan beliau turut mengulas mengenai penangguhan kejohanan Euro kali ini.

Soares yang dijangka akan berada dalam skuad Portugal untuk Euro tahun ini, sekarang tidak begitu yakin dengan apa yang akan berlaku pada tahun 2021.

“Sudah tentu kita sedih melihat penangguhan itu, kerana kita semua ingin bermain.

“Tetapi, dari segi positif, kita akan menjadi juara Eropah selama lima tahun.

Advertisement
Portugal muncul juara Euro 2016 selepas menewaskan Perancis 1-0.

“Ini adalah kejohanan Euro di mana semua pemain Portugal ingin beraksi, dan tentu saja saya mahu berada di sana, itu adalah matlamat saya.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab dan kemudian bermain untuk pasukan kebangsaan. ” jelas pemain antarabangsa Portugal berusia 28 tahun itu, yang sekali lagi berharap dapat bergantung pada sokongan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo.

“Tidak ada mana-mana pemain yang kedudukannya terjamin dalam pasukan kebangsaan Portugal kecuali Cristiano Ronaldo.” – Cedric Soares.

“Cristiano adalah pemain yang hebat dan menakjubkan, bukan secara kebetulan dia telah memenangi semua yang dimenanginya, baik secara individu mahupun berpasukan.

“Dia adalah seseorang yang mempunyai kehidupan yang sangat seimbang, seorang yang mempunyai keinginan besar untuk menang, sangat bercita-cita tinggi.

Soares berharap Cristiano Ronaldo mampu membimbing mereka sekali lagi di pentas Euro.

“Dan di luar padang, beliau adalah seseorang yang berusaha menyatukan kumpulan dan berkongsi pengalaman dengan kami dan tentu saja, datang dari dia.

“Kami semua mendengar dan berusaha untuk mencontohinya, cuba menjadi sepertinya.”

Skuad Portugal yang menjuarai Euro 2016.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply