Arsenal akhirnya bayar bonus €500k kepada Independiente.

Bayaran tersebut dilakukan selepas menolak tuntutan pada November lau dan ia satu kelegaan untuk kelab Argentina itu.

Adalah adil untuk mengatakan wabak Coronavirus memberikan tekanan kewangan yang besar pada banyak sektor, termasuk bolasepak.

Banyak kelab di seluruh dunia telah terjejas dengan penangguhan aksi liga dan ini menyebabkan langkah-langkah terpaksa dilakukan bagi mengurangkan kos, termasuklah pemotongan gaji pemain dan staff serta beberapa tindakan lain.

Itulah sebabnya kelab-kelab tersebut mencari dana walaupun sedikit yang mereka dapat dari suatu tempat, sangat dialu-alukan.

Bagi pasukan Argentina, Independiente, pasti bersyukur dan berterima kasih kepada Arsenal.

Clarin menjelaskan bahawa kelab Superliga itu telah menerima € 500,000 dari The Gunners dalam pembayaran bonus untuk penjaga gol, Emiliano Martínez.

Petikan laporan Clarin.

Seperti yang anda ingat, Arsenal berhutang dengan kelab itu selepas Martínez membuat sepuluh penampilan dalam pasukan utama dan telah mengelak membayar pada bulan November dengan alasan Liga Europa tidak dikira (tidak termasuk dalam terma kontrak pembelian Marinez).

Namun, Independiente tidak menyerah kalah dan kembali semula awal bulan ini dengan permintaan lain untuk wang itu, yang kini telah dibayar.

Ia datang pada masa yang tepat dengan Clarin menggambarkannya sebagai ‘kelegaan untuk aliran tunai mereka’, kerana kelab perlu membayar beberapa hutang dan cuba membayar gaji di tengah krisis COVID-19 ini.

Bagi Arsenal, ia mungkin merupakan perbelanjaan yang mereka boleh lakukan tanpa menjejaskan ekonomi dan kewangan kelab, dan bayaran tersebut sudah pasti telah termasuk dalam rancangan perbelanjaan di awal musim

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment