Arsenal buat pertanyaan mengenai pemain tengah bernilai € 25 juta.

Kelab akan bergelut untuk terus mengekalkannya.

Laporan akhbar Sportime Greece (menerusi Sdna), mendedahkan sukar buat pemain tengah Olympiacos, Mady Camara untuk kekal di kelab itu menjelang musim panas dengan kelab seperti AC Milan dan Arsenal dikatakan berminat dengan khidmatnya.

Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi yang mengagumkan untuk Olympiacos musim ini, terutama persembahannya ketika menentang pasukan Inggeris di Eropah yang dikatakan menarik perhatian.

Dilaporkan bahawa kelab Greece itu menilai pemain tersebut sekitar € 25 juta tetapi mereka belum menerima sebarang tawaran rasmi untuk pemain tengah itu.

Namun, Sportime mendakwa Arsenal dan Milan menunjukkan minat terhadap Camara dan sedang membuat pertanyaan mengenai pemain tersebut.

Camara telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Sheffield United sebelum ini.

Dan sekarang nampaknya, Arsenal juga berada dalam radar untuk menandatangani bekas pemain Ajaccio itu.

Camara telah membuat 39 penampilan untuk kelab Greece itu musim ini dan menjaringkan dua gol.

Kontraknya di Stadium Georgios Karaiskakis akan tamat pada akhir Jun 2023.

Aksi Camara ketika bertemu Arsenal dalam saingan Liga Europa menarik berjaya menarik perhatian.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment