Arsenal dalam ‘kontak rapat’ untuk menandatangani Disasi pada musim panas.

Pemain mempunyai ‘pintu keluar’ sekiranya menerima ‘tawaran yang sesuai’.

Walaupun Arsenal sudah menjangkakan ketibaan William Saliba dari Saint-Etienne pada musim panas, namun The Gunners masih tidak berpuas hati dengan barisan pertahanan mereka, menurut laporan dari Perancis.

L’Equipe pada hari Rabu melihat apa yang dapat diharapkan dari Reims pada jendela perpindahan yang akan datang dan salah satu langkah besar adalah pemergian Axel Disasi.

Pertahanan muda yang beraksi pada posisi bek tengah itu berusia 22 tahun pada bulan Mac dan telah menjadi pemain utama di Ligue 1 musim ini.

Beliau beraksi dalam semua perlawanan kecuali satu perlawanan mereka sebelum wabak Covid-19 melanda dan persembahannya telah menarik perhatian ramai pihak.

Akhbar Perancis menjelaskan bahawa situasi semasa tidak mengurangkan minat terhadap Disasi dan Arsenal ‘sentiasa berhubung rapat’ dengan mereka yang terlibat.

Namun, mereka bukan satu-satunya yang melakukan perkara itu, kerana selain kelab Inggeris, kelab-kelab dari Itali, Perancis dan sekurang-kurangnya dua pasukan dalam 7 pasukan teratas bolasepak Jerman ‘semakin dekat ’ dengan Reims untuk pemain pertahanan itu.

Mengenai kedudukan kelab Ligue 1 dalam semua ini, mereka mengesahkan kepada L’Equipe bahawa Disasi mempunyai ‘pintu keluar’ pada musim panas ini sekiranya berlaku ‘tawaran yang sesuai’.

Maksudnya tidak jelas, tetapi berikutan penjualan Jules Koundé ke Sevilla tahun lalu pada harga € 25 juta, ia dipercayai bahawa bintang Reims itu berada pada nilai bawah € 20 juta (lebih rendah).

Jules Koundé menyertai Sevilla pada 3 Julai 2019 dengan bayaran perpindahan berjumlah € 25 juta dibayar kelab Sepanyol itu kepada Bordeaux.

Ini bukan sahaja kerana Disasi tidak mempunyai pengalaman yang lebih luas jika dibandingkan dengan bekas pemain Bordeaux itu, tetapi juga kerana virus Covid-19 telah mempengaruhi pasaran perpindahan ketika ini.

Walau bagaimana pun, ia bukanlah perkara yang sukar untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, terutamanya Arsenal sekiranya minat mereka begitu serius.

Kontrak semasa Disasi bersama Reims akan berakhir pada Jun 2021 dan nilai pasaran semasa beliau adalah dianggarkan sekitar €7 juta ketika ini.

Kerana nilai tersebut mungkin tidak akan memberikan banyak masalah untuk meyakinkan rakan mereka dari Perancis untuk melepaskan Disasi.

Posisi yang mampu dimainkan Axel Disasi.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment