Connect with us

Arsenal

Arsenal di kalangan kelab yang ‘memburu’ pemain berbakat Poland,Filip Marchwinski.

Published

on

Dakwaan telah mengadakan perbincangan dengan The Gunners pada masa lalu.

Membuat debutnya untuk Lech Poznán pada 2018 pada usia 16 tahun 11 bulan, Filip Marchwinski perlahan-lahan mula mencipta nama untuk dirinya sendiri di Poland.

Pemain tengah menyerang (attacking midfielder) itu yang juga boleh bermain di seluruh bahgian (posisi) serangan, membuat 11 penampilan dalam saingan tertinggi Poland, Ekstraklasa tahun ini.

Marchwinski telah menjaringkan dua gol setakat ini dan menarik perhatian ramai scout, termasuklah dari Arsenal.

Advertisement
Posisi yang mampu dimainkan Marchwinski.

Itulah yang dilaporkan oleh Calciomercato pada hari Selasa, menjelaskan pemain berusia 18 tahun itu juga pernah mengadakan sesi percubaan bersama Arsenal, walaupun tidak dinyatakan bila.

Laporan Calciomercato (semalam) mengatakan bahawa pemain muda itu pernah menjalani sesi percubaan di Arsenal.

Walau bagaimanapun, sekiranya Arsenal mahu menandatangani pemain itu sekali lagi, The Gunners akan menghadapi lebih banyak persaingan kali ini dengan Inter, Juventus dan Atalanta dari Serie A, semuanya berada di landasannya, dengan ketiga-tiga kelab itu begitu hampir untuk menandatanganinya dua tahun yang lalu, hanya untuk ditolak oleh keluarga pemain antarabangsa Poland U19 itu.

Dan Arsenal juga menerima lebih banyak persaingan dari seluruh Eropah, kerana Ajax, Hoffenheim dan Borussia Dortmund juga semuanya sedang memantau perkembangan pemain tersebut, menanti dan menunggu peluang menandatanganinya.

Menandatangani pemain berusia 18 tahun dari Poland akan menjadi langkah yang mungkin buat Arsenal dan jika Mikel Arteta mahu meneruskan tradisi yang dimulakan oleh Arsène Wenger selama ini, maka Marchwinski menjadi titik permulaan yang baik untuk bermula.

Sebelum ini, Wenger pernah membawa masuk beberapa pemain Poland ke Arsenal seperti:

  • Krystian Bielik (2015–2019)
  • Wojciech Szczęsny (2009–2017)
  • Łukasz Fabiański (2007–2014)
Szczęsny boleh dikatakan pemain Poland terbaik yang pernah dimiliki Arsenal.

Kerier Statistik Filip Marchwiński (setakat 22 Disember 2019).

Club Season League League Cup Europe Total
Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
Lech II Poznan 2018–19 III liga 12 3 12 3
Lech  Poznan 2018–19 Ekstraklasa 11 2 0 0 0 0 11 2
2019-20 6 1 2 1 8 2
TOTAL 17 3 2 1 0 0 19 4
Career total 29 6 2 1 0 0 31 7
Nilai pasaran semasa Filip Marchwinski dianggarkan €2.5 juta.

Advertisement