Arsenal intai peluang dapatkan khidmat Eder Militao

Eder Militao

Menurut satu laporan di Sepanyol, Arsenal sudah menghubungi Real Madrid mengenai prospek perpindahan Eder Militao ke Stadium Emirates.

Pemain pertahanan tengah ini tiba di Bernabeu pada musim panas lepas, melengkapkan perpindahan £44 juta dari Porto, tetapi dia hanya bermain 13 perlawanan sepanjang musim.

Pemain Brazil ini sukar untuk menembusi gandingan Raphael Varane dan Sergio Ramos dalam pasukan Zinedine Zidane, namun akhbar Sepanyol Don Balon mendakwa Arsenal bersedia menawarkan jalan keluar untuknya.

Ketua Jurulatih Arsenal Mikel Arteta berminat untuk membina semula pertahanan Arsenal dan telah melihat Militao sebagai pemain bantuan yang diperlukan di bahagian tersebut.

Eder Militao

Tetapi the Gunners perlu bersaing dengan Manchester City dan Tottenham Hotspur untuk mendapatkan khidmatnya..

Kapten Madrid Ramos dikatakan tidak berpuas hati dengan sumbangan oleh Militao dalam karier Bernabeunya, tetapi pemain Brazil ini sentiasa dipaksa untuk bermain di luar posisi asalnya sebagai pemain sandaran di posisi bek.

Walaupun hanya membuat tujuh penampilan La Liga musim ini, Madrid berminat untuk membuat keuntungan daripadanya dan memberitahu pengurus Spurs Jose Mourinho bahawa dia boleh mendapatkannya sekitar £70 juta pada Januari lepas.

Mourinho dilaporkan sedang mempertimbang pilihan-pilihan yang ada untuk menggantikan Jan Vertonghen, yang akan tamat kontrak pada musim panas ini.

Jan Vertonghen

Be the first to comment