“Arsenal lebih main sebagai satu pasukan di bawah Arteta,” Lukas Podolski

Lukas Podolski

Penyerang Jerman ini optimis dengan pasukan jurulatih baru di Arsenal.

Arsenal kelihatan lebih sebagai ‘satu pasukan’ di bawah tunjuk ajar Mikel Arteta, kata Lukas Podolski, dengan the Gunners lebih hilang gaya mereka semasa zaman Unai Emery.

Podolski memberitahu saluran Adidas di Youtube mengenai kemajuan yang telah berlaku di bawah Arteta: “Ya saya sudah nampak, seperti yang anda telah jelaskan, tahap semakin naik bergantung dengan semangat juang.

“Anda lihat lebih sebagai pasukan di atas padang.

Lukas Podolski optimis dengan pengurusan Mikel Arteta di Arsenal

“Dengan para peminat, Arsenal seperti salah satu dari lima pasukan terbesar di dunia.

“Kami boleh mencabar kejuaraan liga dan bermain di Liga Juara-Juara Eropah setiap tahun dengan potensi ini.

“Kami harap boleh melabur dan saya berharap Mikel dengan pasukannya bersamanya dapat melakukan kerja yang bagus pada musim hadapan.”

Pemenang Piala Dunia 2016 ini telah bersama Arsenal dari 2012 hingga 2015, menjaringkan 31 gol dalam 82 penampilan, dan baru kembali ke bolasepak Eropah dengan menyertai kelab Turki Antalyaspor.

“Saya rasa saya mengalami tiga tahun yang hebat di Arsenal, kerana saya rasa penting untuk sentiasa mempunyai perhubungan dengan kelab, bandar, dan semua orang di kelab,” tambah pemain berusia 34 tahun ini menceritakan memorinya bersama Arsenal.

“Kerana apabila anda berada di sana, anda menandatangani kontrak, mendapat wang, tetapi bagi saya, di mana sahaja saya bermain, sentiasa penting untuk berhubung dengan segalanya, dengan kakitangan, peminat, dan bandar.

“Ini yang saya lakukan kerana bolasepak di atas padang lebih daripada sekadar 90 minit.

“Sudah tentu saya suka London. Ianya budaya yang berbeza, saya telah berada di negara-negara yang berbeza.

“Tetapi saya suka, ia memang hebat.

“Ia merupakan pertama kali saya berada di luar Jerman, sebelum ini saya hanya berada di Cologne dan Munich.

“Pertama kali buat saya dan saya menikmatinya.

“Pertama kali saya perlu bercakap bahasa Inggeris sendiri, perlu memandu di bahagian jalan yang bertentangan.

“Saya suka masa saya di Arsenal.

“Sudah tentu, di penghujungnya, saya tidak mendapat minit saya tetapi sudah pasti ada sebab-sebabnya, mungkin diri saya, mungkin jurulatih, mungkin sesuatu yang lain.

“Tetapi saya menikmatinya dan memdapat perlawanan-perlawanan yang fantastik dan tiga tahun di Arsenal.

“Ianya sebuah kelab yang istimewa dan bermain sebuah kelab yang istimewa seperti ini sentiasa bermotivasi dan istimewa.

Be the first to comment