Arsenal ‘menyiasat’ personaliti dan gaya hidup Dembele menjelang perpindahan.

Ousmane Dembele terus dikaitkan dengan Arsenal.

Siapa pemain terkenal yang tidak dikaitkan dengan Arsenal?

Arsenal boleh dikatakan cukup meriah apabila bergossip mengenai perpindahan.

Dari pemain tidak dikenali (ya..sudah tentu kita menggunakan khidmat Google untuk mencari info siapakah pemain tersebut), hinggalah kepada pemain ternama dan berharga (bukan murah dan bukan kaleng-kaleng).

Belum pun liga disambung semula dan status mengenai liga juga masih menjadi tanda tanya, Arsenal terus dikaitkan dengan beberapa pemain menjelang jendela perpindahan musim panas.

Terbaru, Ousmane Dembele yang boleh dikatakan antara pemain yang sering dikaitkan dengan Arsenal, dan terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.

Namun yang pasti kisah perpindahan beliau ke Arsenal adalah benar dengan gossip semata-mata (setakat ini).

Sebelum berpindah dari Borussia Dortmund ke Barcelona, ​​ada dakwaan menarik berulang-kali dan tuntutan tersebut berlanjutan sejak itu.

Pada 25 Ogos 2017, pasukan La Liga, Barcelona mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan untuk menandatangani Dembélé dengan harga € 105 juta ditambah dengan bonus tambahan € 40 juta.

Edisi Sport hari Isnin mengatakan bahawa The Gunners dan Manchester United sedang mengikuti perkembangan pemain tersebut.

Dembele masih lagi gagal untuk memberikan impak kepada kelab Sepanyol itu setelah mereka membelanjakan jumlah yang besar untuk membawanya dari Jerman.

Malah faktor kecederaan berulang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasi dan penampilan beliau.

Arsenal pula dalam laporan tersebut, dilaporkan bersikap tentatif sebelum melakukan sebarang pergerakan, mengetahui bahawa ia memerlukan pelaburan besar untuk menandatangani pemain tersebut.

Dijelaskan bahawa The Gunners sedang ‘menyiasat’ personaliti dan gaya hidup Dembele ketika pemain itu tidak beraksi ataupun tidak menjalani latihan.

Mereka ingin tahu apakah gaya hidup itu menyumbang kepada kecederaan, sama ada Dembele mengalami masalah kecederaan berulang dan tahap kecergasaan disebabkan gaya hidup pemain itu sendiri.

Ataupun ianya disebabkan ‘layanan’ dan latihan Barcelona terhadapnya yang menyumbang kepada masalah tersebut.

Sport mengatakan bahawa Arsenal ‘sedang mengumpulkan data untuk mengetahui adakah terdapat sebarang kemungkinan untuk mengubah dinamik negatif ini sejak beliau bergabung dengan Barcelona’.

Kelab Catalan itu bersedia untuk menghantar pemain mereka secara pinjaman, dengan bayaran gaji dikongsikan bersama dengan kelab yang meminjam.

Pun begitu, Barcelona dilaporkan mahukan kelab lain (peminjam) untuk membayar sebahagian besar gaji Dembele.

Dembele dilaporkan menerima gaji seminggu berjumlah £210,000.
About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment