
The Gunners tidak mampu membayar gaji pemain tersebut.
Barcelona ingin melepaskan Samuel Umtiti ketika jendela perpindahan kembali dibuka nanti, menurut Sport.
Ia mendakwa kelab seperti Arsenal, Inter Milan dan Napoli telah membuat pertanyaan mengenai bek tengah itu.
Menurut laporan itu juga, pihak The Gunners dan dua kelab Serie A telah mempertimbangkan untuk membuat tawaran terhadap pemain antarabangsa Perancis itu.
#FCB 🔵🔴
— Diario SPORT (@sport) April 28, 2020
💸Los clubs que se han interesado por el central se han echado atrás por el precio de la operación https://t.co/Qopc86lVaT
Namun, ketiga-tiga kelab tersebut kini telah ‘manarik handbrake’ dan dinyatakan bahawa The Gunners dan kedua-dua pasukan Itali tersebut ‘tidak mampu membayar’ apa yang Umtiti perolehi sekarang, iaitu € 8 juta semusim.
Idea awal kelab Catalan adalah menjualnya dengan harga € 50 juta pada jendela perpindahan musim panas, tetapi tiada satu kelab pun bersedia memenuhi harga permintaan mereka.
Pihak Quique Setien bersedia memberikan potongan harga untuk membenarkan penjualannya.
Arsenal, Inter and Napoli were all interested in Samuel Umtiti but they ended their interest due to Barça's €50m asking price.
— Camp Nou Barça (@cnbarca) April 28, 2020
Barça have lowered their asking price and are open for a loan exit as long as there's an obligatory purchase option to pay before June 2021.
[@sport] pic.twitter.com/0VPl7NKgdb
Sport, bagaimanapun mengatakan bahawa semua pasukan yang berminat telah menarik diri kerana gaji pemain yang tinggi.
Barca ingin mengeluarkan pemain berusia 26 tahun itu dari senarai pembayaran gaji mereka dan oleh itu, mereka terbuka dengan idea untuk membiarkan Umtiti dipinjam musim depan, dengan syarat pilihan pembelian wajib disertakan dalam perjanjian.
Walaupun Arsenal dan kelab lain bertanyakan tentang bekas pemain Lyon itu, namun kesemua mereka ‘tidak dapat membayar’ gaji Umtiti yang tinggi.
Dan disebabkan itu, ketiga-tiga kelab tersebut termasuklah Arsenal mengambil keputusan menarik dari daripada usaha menandatangani Umiti.
