Arsenal telah memulakan kontak untuk menandatangani Nabil Fekir.

The Gunners mahukan urusan perpindahan lebih rendah dari apa yang di minta kelab.

Arsenal merupakan salah satu dari beberapa pasukan yang telah melakukan kontak dengan Real Betis untuk menandatangani Nabil Fekir, lapor AS pada hari Isnin.

AC Milan juga antara kelab yang disebut sebagai berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, namun mereka (laporan itu) tidak pula menyatakan nama pasukan selain kelab Itali itu, walaupun mengatakan ada beberapa kelab berminat.

Manakala pemain Perancis itu pula boleh meninggalkan kelab Sepanyol itu dengan Real Betis dilaporkan sudi melepaskan beliau, namun kelab yang berminat haruslah mengeluarkan belanja besar.

Menurut AS, kelab Sepanyol itu mahukan € 50 juta untuk mereka melepaskan bekas pemain Lyon, yang mana mereka akan menjana keuntungan besar kira-kira € 20 juta.

Petikan / Keratan Media AS yang melaporkan kisah minat Arsenal terhadap Fekir, 20 April 2020.

Fekir menyertai Real Betis dengan bayaran awal berjumlah € 19.75 juta dan tambahan € 10 juta sebagai bonus tambahan pada 22 Julai 2019.

Arsenal tidak mahu membayar begitu banyak dengan dijelaskan dalam laporan itu bahawa tidak ada kelab yang berminat dan sanggup mengeluarkan nilai sebesar itu, sebanyak € 50 juta.

Walaupun Betis dijangka akan menjanakan keuntungan kira-kira € 20 juta dengan/sekiranya menjual pemain itu pada nilai yang disebut tadi, pun begitu, pendapatan ataupun keuntungan tersebut terpaksa dikongsikan bersama Lyon.

Lyon akan menerima 20% daripada keuntungan yang dihasilkan, yang mana ianya termasuk dalam klausa perpindahan pemain itu dahulu dan ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Betis meletakkan nilai yang tinggi, seboleh-bolehnya.

Fekir akan berumur 27 tahun pada bulan Julai ini dan telah membuat 23 penampilan dalam semua saingan bersama Betis serta menghasilkan tujuh gol setakat ini.

Namun persoalan juga timbul adakah Fekir benar-benar bernilai € 50 juta sebagaimana di minta Betis?

Dan buat Arsenal, walaupun minat mereka terhadap pemain itu adalah benar, namun tidak mungkin mereka akan mengeluarkan belanja yang begitu tinggi dalam menandatangani pemain baharu.

Nabil Fekir bernilai kira-kira €32 juta dalam pasaran perpindahan semasa ketika ini.
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment