Arsenal ‘temui’ pengganti Ceballos.

Pemain sudah menerima ‘tawaran’ daripada Arsenal dengan The Gunners menunggu krisis COVID-19 untuk menamatkan rundingan.

Arsenal mengambil Dani Ceballos dalam perjanjian pinjaman jangka panjang dari Real Madrid musim panas lalu.

Sebelum menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol itu, The Gunners juga melihat Marc Roca dari Espanyol, menurut laporan Sport.

Marc Roca

Dengan liga utama bolasepak di seluruh Eropah digantung akibat wabak Coronavirus, Espanyol dilihat bakal menghadapi masalah kewangan.

Malah keadaan akan menjadi lebih buruk lagi jika musim ini disambung semula kerana terdapat kemungkinan Espanyol [ke-20 dalam kedudukan liga] jatuh ke bahagian kedua (diturunkan liga).

Oleh itu, adalah wajar bagi pihak kelab yang bersaing dalam La Liga itu berusaha untuk mengumpul dana dengan membenarkan beberapa pemain mereka pergi dan Roca adalah pemain yang ‘mempunyai nilai untuk dilepaskan – jual’.

Ia mendakwa pemain berusia 23 tahun itu adalah pilihan utama Arsenal untuk menggantikan Ceballos di Emirates dan Roca menyedari minat The Gunners terhadapnya.

Di samping itu, pemain tersebut sudah menerima ‘tawaran’ dari Arsenal dan kedua-dua kelab kini menunggu krisis Covid-19 untuk memulakan rundingan perpindahan.

Sport menambah pihak Mikel Areta ‘yakin dan pasti’ untuk menandatangani pemain tengah Espanyol itu.

Roca mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 40 juta dalam kontraknya, tetapi Espanyol bersedia untuk berunding mengenai bayaran perpindahan untuk melepaskannya, jika mereka akhirnya diturunkan dari La Liga.

Laporan Sport
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment