Connect with us

Arsenal

Arsenal terkejut dengan tuntutan gaji Willian.

Published

on

The Gunners telah memulakan rundingan mengenai perpindahan percuma.

Arsenal dilaporkan mendahului perlumbaan bagi mendapatkan pemain sayap Chelsea, Willian menerusi perjanjian pra-kontrak.

Kontrak pemain Brazil itu akan tamat pada penghujung musim ini dan rundingan perjanjian baharu di Stamford Bridge dilaporkan menemui kegagalan bulan lalu.

Walaupun Chelsea berminat untuk mengekalkan Willian tetapi pemain itu mahukan perjanjian lebih lama berbanding kontrak lanjutan selama 12 bulan yang ditawarkan The Blues kepadanya.

Advertisement

Willian gembira berada di London sambil menggambarkan ibu kota itu sebagai ‘tempat asalnya’ yang menarik minat Arsenal untuk cuba mendapatkan pemain itu secara percuma.

Pemain sayap itu diwakili oleh Sports Invest UK, sebuah agensi yang dikendalikan oleh Kia Joorabchian, yang merupakan rakan rapat kepada pengarah Arsenal, Edu.

Malah Joorabchian juga mempunyai hubungan yang baik dengan Arsenal setelah membantu merundingkan kepulangan Edu ke Emirates dan membantu David Luiz melakukan perpindahan ke Emirates.

Manakala menurut wakil ESPN, Jorge Nicola, beliau mengatakan bahawa ejen Willian percaya Arsenal menjadi destinasi pilihan buat pemain itu dan meletakkan The Gunners kini sebagai pilihan utama kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Advertisement

Willian turut dikaitkan dengan Liverpool, Dortmund dan Paris Saint-Germain namun menyertai Arsenal membolehkannya terus kekal di London.

“Arsenal kini sedikit di depan, tapi semuanya masih terbuka,” kata Nicola.

“Terutama kerana kesan pandemik terhadap keseluruhan kewangan bolasepak di dunia.”

Difahamkan hubungan rapat Willian dengan David Luiz akan menjadi faktor utama pemain sayap itu akan membuat keputusannya ketika Gunners sanggup menawarkan kontrak selama dua atau tiga tahun.

Advertisement

Walaupun Arsenal dapat menandatangani Willian secara percuma, namun pihak The Gunners dikatakan terkejut dengan tuntutan gaji yang dibuat pemain tersebut.

Pemain Brazil itu mahukan kontrak selama tiga tahun, yang akan membawanya ke usia 34 tahun pada akhir kontrak.

Dan Willian mahu mengekalkan gaji sekarang yang diterimanya iaitu sebanyak £120,000 seminggu untuk sepanjang tempohnya di Emirates, yang berjumlah £18.7 juta selama tiga tahun.

Advertisement