Arsenal ‘terliur’ dengan pemain tengah, Julian Draxler.

Kepercayaan bahawa pemain akan dijual pada musim panas ini dengan kontrak bakal tamat.

Arsenal dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain tengah Paris Saint-Germain, Julian Draxler menjelang jendela perpindahan musim panas.

Itu menurut Fussball Transfers, yang mengatakan bahawa The Gunners dan satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris sedang mempertimbangkan untuk menandatangani pemain Jerman itu.

Draxler dijangka akan meninggalkan Paris Saint-Germain musim panas ini ketika memasuki tahun terakhir kontraknya.

Beliau menyertai juara Perancis itu dalam perpindahan berjumlah £ 32 juta pada tahun 2017 tetapi gagal menempatkan dirinya bersama pasukan utama kelab tersebut.

Tahun ini menyaksikan beliau memasuki tahun terakhir kontraknya dan dipercayai bahawa dia tidak akan menandatangani perjanjian baru.

Perkembangan itu bermakna PSG perlu menjualnya sekarang jika mereka ingin menjana wang darinya atau kehilangan secara percuma musim berikutnya.

Pasukan Bundesliga, Hertha Berlin adalah mereka telah bertindak untuk mengadakan perbincangan dengan Draxler.

Mereka juga telah mengemukakan ‘proposal – kontrak’ pertama, walaupun gaji yang diterima Draxler sebanyak 7.2 juta euro setahun beserta bonus tambahan menjadi masalah dalam rundingan tersebut.

Namun, penurunan harga yang disebabkan oleh wabak coronavirus dalam pasaran perpindahan turut mempengaruhi faktor gaji dan ia boleh digunakan Hertha dalam rundingan mereka.

Pun begitu, mereka bukan satu-satunya pihak yang berminat, dengan Fussball Transfers mengatakan bahawa mereka telah menerima maklumat yang mengatakan Arsenal telah ‘bernafsu’ dalam melakukan perpindahan mendapatkan Draxler.

The Gunners dilaporkan telah menghubungi pihak Draxler mengenai potensi perpindahan.

Itu sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan kita kerana Arsenal telah dikaitkan dengan Draxler pada (untuk) setiap kali jendela perpindahan dibuka untuk tempoh yang agak lama.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment