Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘yakin’ boleh dapatkan Ryan Fraser secara percuma

Published

on

Kontrak Ryan Fraser bersama Bournemouth akan tamat pada 1 Julai 2020.

Skuad bimbingan Mikel Arteta ini yakin boleh mendapatkan pemain sayap kecil tetapi lincah ini secara percuma pada musim panas akan datang.

The Cherries juga tidak berjaya meyakinkan Fraser untuk menandatangani kontrak baru untuk kekal lagi di Stadium Vitality.

The Gunners sudah lama memerhati permainan Ryan Fraser sejak sebelum bermula musim 2018/19, namun perpindahannya ke Stadium Emirates tidak direalisasikan kerana permintaan tinggi oleh Bournemouth dan kemasukan Nicolas Pepe dari FC Lille.

Advertisement

Tetapi, kita masih belum tahu bilakah jendela perpindahan pemain akan dibuka.

Walaupun kontraknya akan tamat pada 1 Julai 2020, Premier League musim 2019/20 mungkin masih lagi berlangsung pada ketika itu.

Dengan kemungkinan Dani Ceballos tidak mahu meneruskan kariernya di London setelah tamat kontrak pinjamannya nanti, Fraser seakan satu perlaburan yang agak berbaloi untuk Arsenal.

Pada musim 2018/19, dia menjaringkan empat gol dan membuat 15 assists membantu kelabnya menamatkan musim di tempat ke-14 dengan mengumpulkan 45 mata dari 38 perlawanan.

Prestasi Fraser sedikit menurun pada musim ini, hanya menjaringkan satu gol dan membuat empat assists sahaja sebelum musim bolasepak digantung kerana isu pandemik virus corona.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply