Arteta sedang melihat dua kualiti baharu yang berpotensi ditandatangani.

Perkembangan perpindahan Arsenal menurut laporan dari Jerman.

Arsenal dilaporkan telah memulakan hubungan untuk melakukan pembelian dengan Arteta dipercayai melihat dua kualiti yang ada pada pemain baharu.

The Gunners berminat untuk menandatangani pemain pertahanan Bayern Munich, Jérôme Boateng, namun pemain tersebut tidak dianggap sebagai keutamaan pada masa kini.

Itu menurut Sky Germany, yang mempunyai maklumat mereka sendiri mengenai The Gunners dilaporkan berminat terhadap pertahanan Bayern itu.

Awal bulan ini kami membawa anda laporan dari Foot Mercato yang menyatakan bahawa Arsenal berminat terhadap Boateng kerana mahu meningkatkan serta memperkukuhkan lagi barisan pertahanan pada musim panas ini.

Menurut laporan itu, The Gunners telah cuba menandatanganinya pada bulan Januari tetapi gagal dan kini menimbang untuk melakukannya sekali lagi pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Kini, Sky Germany telah membincangkan khabar angin itu dan walaupun mereka tidak mengesahkan bahawa Arsenal cuba melakukan perpindahan pada bulan Januari, namun mereka mengatakan bahawa The Gunners berada dalam hubungan dengan wakil Boateng mengenai langkah berpotensi untuk berpindah.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu tidak dianggap sebagai keutamaan pada masa ini kerana Mikel Arteta dikatakan lebih memberi keutamaan terhadap pemain muda yang lebih pantas, sekiranya Arsenal mahu menandatangani pertahanan baharu.

Laporan itu secara khusus menamakan Jonathan Tah, berusia 24 tahun, dan Dayot Upamecano, berusia 21 tahun, sebagai pemain pilihan pengendali The Gunners.

Jonathan Tah, 24 tahun, pemain Jerman mempunyai ketinggian 1.95 meter dan beraksi untuk Bayern Leverkusen selaku pertahanan tengah.

Sudah tentu, kedua-dua pemain tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates sebelum ini, sehingga ia tidak menjadi kejutan sekiranya ia terjadi.

Kisah Jonathan Tah pernah kami laporakan penghujung Februari lalu : Pemain berada di ‘senarai teratas’ Arsenal, mempunyai klausa pelepasan berpatutan.

Dayot Upamecano, 21 tahun pemain kelahiran Perancis mempunyai ketinggian 1.86 meter beraksi untuk RB Leipzig.

Bagaimanapun, ia kelihatan bahawa Arsenal sedang membina senarai sasaran untuk musim panas ini dan pada masa kini sekurang-kurangnya, Boateng hanya mampu berada tempat ketiga paling baik.

Jerome Boateng kini berada ditangga ketiga keutamaan Arsenal.
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment