Aubameyang akan putuskan masa depannya pada bulan Jun.

The Gunners membuat pendirian jelas mengenai perpindahan.

Empat hari lalu, kami mengulas mengenai dakwaan dari France Football, yang menjelaskan bahawa Real Madrid telah menyertai perlumbaan untuk bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Manakala dakwaan Sport pula dalam beberapa hari kebelakangan ini, mengatakan bahawa gergasi La Liga telah ‘menyuarakan’ kemungkinan untuk menandatangani pemain berusia 30 tahun itu.

Kontrak pemain antarabangsa Gabon bersama The Gunners akan berakhir pada Jun 2021.

Real Madrid dilaporkan sedang mencari penyerang di pasaran dan mereka percaya bekas pemain Borussia Dortmund itu dilihat sebagai ‘peluang terbaik’ kerana tempoh yang tersisa dalam kontraknya.

Aubameyang, dikatakan telah memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal dan telah meminta untuk meninggalkan Emirates pada musim panas, menurut laporan tersebut.

Ini menjadikannya ‘sangat menarik’ bagi kelab-kelab terkemuka Eropah seperti PSG, Manchester United, Barcelona dan Inter Milan.

Kini Real Madrid turut termasuk dalam senarai tersebut, kelab-kelab berminat menggunakan khidmat penyerang itu.

Menurut akhbar Catalan itu, Real Madrid sedang meneliti tuntutan gaji Aubameyang dan bayaran yang diperlukan untuk menyelesaikan perpindahannya dari Arsenal.

Dan Aubameyang dikatakan mahu menunggu sehingga bulan Jun sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya dan ia boleh ditangguhkan lagi kerana krisis Covid-19.

Sport menambah pihak Mikel Arteta ‘jelas’ bahawa mereka perlu menjual Aubameyang untuk ‘meringankan masalah kewangan mereka’.

Keinginan Aubameyang terdahulu adalah bermain untuk Barcelona, ​​tetapi sekarang sepertinya beliau mendekati pesaing utama mereka, Real Madrid.

Walaupun tidak ada petunjuk jelas bahawa Aubameyang akan berakhir di Real Madrid, namun Sport yakin bahawa dia tidak akan terus berada di Arsenal.

Apakah keputusan Auba dan dimanakan beliau akan berada musim depan?
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment