Aubameyang beri pentujuk mengenai masa depannya.

Petunjuk dimana Pierre-Emerick Aubameyang telah berbicara dilaman Instagram manakala Real Madrid dilaporkan membuat pertanyaan terbuka.

Beliau sebelum ini sering kali ditanya mengenai masa depannya setelah dikatakan enggan memberi komitmen sepenuhnya terhadap Arsenal ekoran masih belum menandatangani perjanjian baharu.

Walaupun tidak menjadi satu kesalahan kepada Aubameyang sekiranya tidak menandatangani kontrak baharu, namun ianya bukanlah sesuatu yang diingini peminat dan penyokong ketika ini.

Dengan Arteta dilihat sedang membentuk dan membangunkan skuad menjadi lebih mantap, khidmat penyerang Gabon itu sangat ditagihkan.

Pun begitu, situasi menjadi sukar kerana kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan Aubameyang bukanlah calang-calang pasukan.

Mereka semuanya gergasi Eropah dengan Barcelona, Inter Milan, PSG dan Real Madrid antara yang dikatakan berhajat mendapatkan khidmatnya.

Dan kesemua kelab itu, mungkin Inter sahaja yang tidak mampu untuk menawarkan gaji tinggi kepada Aubameyang selain mereka semuanya mampu menawarkan tempat beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Dua faktor tersebut (gaji dan Liga Juara-Juara) merupakan sesuatu yang sukar ditawarkan Arsenal kepada Aubameyang dan dapat difahami mengapa penyerang Gabon itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Pun begitu, seakan memberi petunjuk mengenai masa depannya, Aubameyang telah berbicara dilaman sosial Instagram bersama pemain Besiktas, Kevin-Prince Boateng.

Dalam video live Instagram bersama bulan lalu, bekas pemain tengah Spurs, Boateng berkata: “Mereka [peminat mengulas di streaming] semua mengatakan anda perlu menandatangani perjanjian baharu dengan Arsenal.”

Aubameyang menjawab: “Ah, ya, saya tahu,”

Kemudian Boateng bertanya lagi: “Berapa lama lagi tinggal?” – dimana pertanyaan tersebut merujuk kepada baki kontrak Aubameyang bersama Arsenal.

Kapten Arsenal itu berkata: “Satu tahun,” menjawab soalan Boateng dengan jujur.

“Tentu, pasti …” Aubameyang menyambung dengan ketawa, seolah-olah tidak selesa apabila ditanya lagi sama ada dia berhasrat untuk tinggal bersama The Gunners.

Hari ini, laporan dari Perancis – France Football menegaskan bahawa Real Madrid telah membuat pertanyaan awal mengenai penyerang The Gunners itu.

Terjemahan (Google Translate): Mercato: Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal), pencubaan Madrid? Apakah masa depan Pierre-Emerick Aubameyang? Arsenal berharap untuk melanjutkan penyerang Gabonnya tetapi beberapa kelab besar berminat dengan bekas Saint-Étienne, termasuk Real Madrid.

Menurut France Football, gergasi La Liga telah membuka perbincangan tentang tanda harga Aubameyang, tetapi pihak Mikel Arteta lebih cenderung untuk menjual Alexandre Lacazette untuk membiayai pembelian penyerang utama yang lain.

Seperti yang disebutkan dalam laporan itu, seorang perantara rapat dengan Aubameyang memberitahu pihak media Perancis: “Di pasaran, penjaring gol bersiri seperti Aubameyang bernilai € 50 juta ketika ia memasuki tahun akhir kontraknya.

“Tetapi saya fikir Arsenal akan melakukan segala yang mereka mampu untuk mengekalkannya.

“Saya melihat mereka lebih cenderung menjual Lacazette dan mengambil penyerang utama lain.”

Bercakap pada bulan Mac, Aubameyang memberikan kemaskini terkini mengenai masa depannya di tengah-tengah kerisauan penyokong yang beliau akan meninggalkan kelab pada musim panas.

“Saya cuba sentiasa bersedia, apa sahaja yang berlaku, saya seorang lelaki yang sentiasa bersedia,” jelas Aubameyang.

“Saya suka dan menyayangi peminat di sini, dan ketika saya masih muda saya sering menonton Arsenal kerana mereka memiliki pemain hebat, dan mereka juga memenangi trofi,” katanya kepada Liga Perdana, yang dipetik oleh The Mirror.

“Jadi saya fikir ia benar-benar senang berada di sini, saya sangat gembira.

“Saya rasa itulah perasaannya. “

Secara dasarnya, jika melihat kepada video diatas, Aubameyang dilihat bagaikan tidak selesa apabila ditanya mengenai adakah beliau akan kekal bersama Arsenal.

Raut wajahnya menjelaskan bagaikan terlalu berat untuk mengatakan beliau akan kekal.

Manakala, jika meneliti laporan France Football pula, Arsenal dikatakan sanggup menjual Lacazatte dan mengekalkan Aubameyang dengan menggunakan hasil penjualan itu untuk mengambil penyerang baharu.

Adakah Aubameyang ‘bersedih’ diatas kehilangan Lacazette ataupun sedih untuk meninggalkan Arsenal?

Pandangan penulis, berat mengatakan bahawa kedua-dua mereka akan meninggalkan Emirates musim depan.

Pun begitu, penulis juga mengharapkan Arsenal mampu menguruskan perkara ini dengan baik.

Arsenal dilaporkan sedia mengorban Lacazette dan mengekal Aubameyang.

Anda pula bagaimana?

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment