Aubameyang bukan lagi dalam senarai Inter.

Kelab Itali tidak berminat dengan ‘kuda tua’.

Hanya beberapa hari yang lalu Gazzetta dello Sport melaporkan di mana Inter mensasarkan Pierre-Emerick Aubameyang sekiranya Lautaro Martínez meninggalkan mereka.

Laporan terdahulu mengatakan bahawa mereka (Inter) mahukan penyerang Arsenal dan Aubameyang akan meninggalkan Emirates pada musim panas dengan harganya sekitar € 35 juta.

BACA: Arsenal mampu kehilangan Aubameyang pada nilai serendah €35 juta.

Itu kerana Aubameyang hanya mempunyai satu tahun lagi untuk menamatkan kontraknya bersama The Gunners.

Dan jika Inter menerima lebih dari € 100 juta untuk pemain Argentina mereka itu, kelab Itali tersebut sudah pasti mempunyai wang mencukupi untuk membayar yuran dan gaji besar kepada penyerang Gabon itu.

Namun, keadaan berubah dengan cepat dalam bolasepak dan akhbar yang sama sekarang melaporkan pihak Serie A itu telah memutuskan untuk mengalihkan perhatian mereka kepada Timo Werner.

Timo Werner

Penyerang Jerman itu mempunyai klausa pelepasan € 60 juta dalam kontraknya pada musim panas ini, yang menjadikannya sasaran yang berpatutan untuk kelab besar dan seperti yang anda ketahui sekarang, terdapat perbincangan mengenai Liverpool turut berminat menandatangani pemain itu.

Bagaimanapun, perkembangan bahawa Inter kini sedang melihat bintang Leipzig bukanlah berita baik untuk Aubameyang dan Gazzetta menunjukkannya dengan mengatakan bahawa namanya ‘tidak lagi berada’ dalam senarai pemain sasaran kelab Serie A berbanding beberapa minggu yang lalu.

Itu kerana Antonio Conte dan rakan sekerja, mahukan gandingan yang lebih ‘menguntungkan’ dan berkesan untuk jangka panjang bersama Romelu Lukaku, yang merupakan cara sopan mereka untuk mengatakan penyerang Arsenal itu terlalu tua pada usia 30 tahun.

Dan Werner dilihat lebih sesuai dengan profil baru serta jauh lebih baik pada usia 24 tahun.

Selain Werner, Inter turut mensasarkan Jovic dan Osimhen dengan nama Aubameyang bukan lagi pilihan mereka.

Victor Osimhen, 21 tahun merupakan pemain bolaspeak profesional Nigeria yang bermain selaku penyerang untuk kelab Liga 1, Perancis, Lille.

Mereka mengatakan usia hanyalah sekadar angka, tetapi dalam bolasepak ianya sangat penting, lebih-lebih lagi apabila ianya turut melibatkan wang ringgit.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment