Aubameyang mempunyai ‘tawaran penting’ dari dua kelab.

Penyerang sensasi The Gunners diminta meninggalkan Arsenal pada musim panas

Bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah menarik minat kelab-kelab di seluruh Eropah memandangkan kontraknya bersama The Gunners bakal berakhir pada tahun 2021.

Pemain antarabangsa Gabon itu dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani perjanjian baharu dan presiden persatuan bolasepak negaranya, Pierre Alain Mounguengui, menasihatkan pemain berusia 30 tahun itu supaya meninggalkan Emirates, dan menyertai ‘kelab bercita-cita’ lain.

Aubameyang telah berada dalam radar Barcelona dan itulah apa yang didakwa Sport pada hari Isnin.

Pemenang La Liga melihat bekas pemain Borussia Dortmund itu sebagai pilihan alternatif sekiranya mereka gagal menyelesaikan urusan dalam mendapatkan pemain sasaran utama mereka iaitu, Lautaro Martínez dari Inter Milan.

Lautaro Martínez

Ia mendakwa pemain Arsenal itu telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan pihak Mikel Arteta dan telah meminta untuk meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan akan datang.

Akhbar Catalan itu juga menyatakan Aubameyang sedang ‘menunggu’ untuk Barcelona ​​sementara pada masa yang sama, beliau juga mempunyai ‘tawaran penting’ dari Inter dan Paris Saint-Germain.

Petikan laporan Sport, 13 April 2020

Berdasarkan itu, peluang untuk melihat Aubameyang menyarung jersi Barcelona musim depan dilihat sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Dengan PSG dan Inter bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Aubameyang dan penyerang Gabon itu dikatakan menjadi pilihan utama (berbanding Barcelona), laporan Sport bagaimanapun tidak memberikan meklumat terperinci dimanakah penyerang itu akan berada pada musim panas nanti.

Wajarkah Arsenal mengekalkan Auba musim depan dengan berpontesi kehilangannya secara percuma musim berikutnya.

Aubameyang telah menjaringkan 17 gol dan menghasilkan satu bantuan dalam 26 penampilan liga untuk Arsenal musim ini.

Manakala secara keseluruhan, beliau telah menjaringkan 20 gol dan satu bantuan gol sepanjang kempen Arsenal musim ini (aksi Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa).

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment