Ayah Partey ulas lagi dakwaan anaknya akan berpindah ke Arsenal.

“Saya akan menasihatinya setiap hari untuk berpindah dari Atletico Madrid”

Ayah Thomas Partey, Jacob Partey, telah mendesak anaknya untuk menerima sebarang tawaran yang datang dengan syarat wang yang lebih besar (gaji).

Pemain tengah Atletico Madrid kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim panas ini, dengan laporan bahawa The Gunners telah mengaktifkan klausa pelepasan € 50 juta.

Malah semalam ayahnya telah mendakwa bahawa anaknya telah mengesahkan bahawa perbincangan dengan Arsenal sedang dijalankan dan masalah membayar klausa pelepasannya sedang dibincangkan di kelab Sepanyol.

Bagaimanapun, perkara itu segera dinafikan ejen Partey, yang menolak sebarang kontak dan rundingan dengan Arsenal telah diadakan.

Dan mereka menjelaskan bahawa satu-satunya perbincangan yang mereka buat adalah mengenai perjanjian baharu di Wanda Metropolitano.

Partey Senior (ayah Partey) kini telah memberi respon dan walaupun tidak menjelaskan komennya, beliau menegaskan bahawa dia akan menasihati anaknya untuk berpindah sekiranya ditawarkan.

“Saya akan menasihatinya setiap hari untuk berpindah dari Atletico Madrid sekiranya ada banyak wang [tawaran besar] kerana itu adalah pekerjaan pilihannya,” katanya kepada Bryt FM, yang disampaikan oleh Ghana Web.

“Yang pasti ia adalah kehidupan selepas bolasepak [bersara].

“Sebagai seorang ayah, saya selalu mahukan yang terbaik untuk anak saya.

“Saya tidak mahu dia sengsara ketika bersara nanti.

“Jadi, jika sebuah kelab memutuskan untuk menandatanganinya dan wang yang terlibat adalah besar, saya akan menasihatinya untuk berpindah.

“Adalah bijak untuk anak saya membuat langkah itu [berpindah] yang akan menjadikannya kaya dan juga dapat melakukan pelaburan.”

Sama ada tawaran gaji lumayan dari Arsenal hadir pada musim panas ini, kita masih belum dapat melihatnya.

Pada saat ini, sudah pasti cukup kuat untuk mengatakan bahawa ada kepentingan dari Emirates, namun betapa kuatnya pokok itu bergoyang, ianya semakin kuat diperkatakan.

Siapakah yang mengoyangkan pokok itu?

The Gunners ketika ini, sebagaimana pasukan lain begitu terkesan dengan wabak coronavirus, yang mana ia turut menjejaskan kewangan kelab.

Sekiranya Partey duduk menantikan tawaran mega dari pihak Mikel Arteta, dia mungkin akan dikecewakan.

Thomas Partey menerima €47,000 seminggu di Atletico Madrid.

Gaji pemain Atletico Madrid 2020:

Pemain Umur
Gaji mingguan
Stefan Savic 28 €86,000
Angel Correa 24 €67,000
Thomas Partey 26 €47,000
Santiago Arias 27 €41,000
Antonio Adan 32 €38,000
Marcos Llorente 24 €21,000
Mario Hermoso 24 €21,000
Felipe 30 €20,000
Hector Herrera 29 €19,000
Ivan Saponjic 22 €25,000
Jose Maria Gimenez 24 €27,000
Kieran Trippier 29 €30,000
Renan Lodi 21 €21,000
Jan Oblak 26 €400,000
Diego Costa 31 €300,000
Koke 27 €300,000
Joao Felix 20 €280,000
Saul Niguez 25 €230,000
Vitolo 30 €200,000
Alvaro Morata 27 €190,000
Nikola Kalinic 31 €120,000
Thomas Lemar 24 €120,000
Sime Vrsaljko 27 €99,000
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment