Barcelona perlu bayar £34 juta untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Lazio

Luiz Felipe

Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Luiz Felipe pada musim panas ini.

Persembahan dan permainan pemain Brazil ini telah mengagumkan banyak pihak musim ini dan Barcelona sudah melihat pemain ini sebagai pengganti jangka masa panjang pemain veteran mereka iaitu Gerard Pique.

Pique sudah berusia 33 tahun pada tahun ini (tarikh lahir: 2 Februari 1987).

La Gazetta dello Sport sudah melaporkan bahawa kelab gergasi Catalan itu perlu mengeluarkan 40 juta euro (£34 juta) untuk membawa pemain pertahanan ini ke Nou Camp.

Nilai harga ini adalah 40 kali ganda dari harga yang dibayar Lazio kepada kelab Brazil Ituano iaitu sebanyak 1 juta euro (£86 ribu) untuk menandatangani Felipe pada musim panas 2016.

Harga tersebut agak berbaloi sedang pemain berusia 23 tahun adalah seorang pemain yang membantu menaikkan kelab musim ini, setelah membuat 23 penampilan dalam semua kejohanan untuk Baincocelesti.

Lazio hanya ketinggalan 1 mata di belakang juara bertahan Juventus dengan baki 12 perlawanan lagi, sebelum liga Serie A dihentikan sementara waktu kerana pandemik virus corona.

Felipe telah banyak mempengaruhi skuad Lazio sehingga mencuri perhatian Barcelona, yang sedang mencari pengganti masa depan Pique.

Pilihan alternatif Barcelona buat masa ini termasuklah dua pemain Perancis Clement Lenglet dan Samuel Umtiti, dan juga Junior Firpo.

Tetapi Umtiti sentiasa mengalami kecederaan sejak dua musim kebelakangan ini sementara posisi asal Firpo adalah pemain bek dan hanya diletakkan di posisi pertahanan tengah sebagai pengganti sementara.

Be the first to comment