Connect with us

Arsenal

Bekas pemain dedahkan bagaimana dia ‘menjual’ pemain muda ke Arsenal.

Published

on

“Saya katakan kepadanya bahawa saya punya pemain muda, dia atomic bomb

Terdapat desas-desus pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini mengatakan bahawa Arsenal akan membawa pulang kembali Ismael Bennacer.

Pemain muda tersebut, sebelum itu telah dijual ke Empoli, Itali dengan harga kurang dari £ 1 juta dan disana beliau telah berkembang walaupun bersaing dalam Serie B sebelum maju di Serie A.

Perkembangan itu membuatkan namanya disebut-sebut untuk bergerak ke tempat lain, menyertai pasukan lebih besar.

Advertisement

Milan akhirnya memenangi pertempuran itu, menandatangani dia dengan harga £ 14 juta atau lebih, di mana dia dilihat sebagai pemain untuk jangka masa panjang pada bahagian tengah pasukan tersebut.

Masih muda, Bennacer berusia 22 tahun dan sudah bermain secara tetap untuk Rossoneri.

Ismael Bennacer telah membuat 23 penampilan untuk Milan semenjak menyertai mereka pada 4 Ogos 2019.

Namun, ada kisah menarik di sebalik bagaimana dia boleh berada ataupun menyertai Arsenal pada awalnya, di mana bekas pemain antarabangsa Algeria, Omar Belbey terlibat.

Bercakap dalam panggilan Zoom bersama 100filtre, bekas pemain tengah itu mendedahkan bagaimana dia berjaya ‘menjual’ perpindahan pemain muda itu dari Arles-Avignon ke salah satu kelab Liga Perdana yang terkenal.

Omar Belbey berkata: “Ada ejen yang datang menemui saya untuk Ismael.

Advertisement

“Saya tidak begitu mengenalinya dan saya juga tidak mengenali ayahnya.

“Mereka bertanya kepada saya jika saya dapat membantu, Lazio mahukannya [Ismael].

“Pada masa itu, terdapat banyak kelab mahukan dia.

“Dia melakukan percubaan di sana, tidak berjaya, dia kembali.

Advertisement

“Ayahnya memberitahu saya bahawa saya harus menjaganya.

“Oleh kerana saya dapat melihat ayahnya pergi ke mana-mana, bercakap dengan sesiapa sahaja, saya berkata ‘biar saya cuba lakukan sesuatu’.

Omar Belbey, 46, merupakan bekas pemain bolasepak Algeria yang telah bersara, bermain sebagai pemain tengah.

“Saya menghubungi [Gilles] Grimandi di Arsenal.

“Saya katakan kepadanya bahawa saya mempunyai pemain muda, dia ‘atomic bomb’.

“Dia bermain untuk pasukan U18 Perancis pada masa itu.

Advertisement

“Gilles menyaksikan Piala Dunia U20 di Eropah Timur.

“Dia memberitahu saya: ‘Dengar Omar, saya tidak ada di sana. Saya akan menghubungi anda lagi pada akhir minggu ketika saya berada di London’.

“Sepuluh minit kemudian, dia menghubungi saya dan bertanya kepada saya, siapa pemain muda itu.

Gilles Grimandi (kiri) pernah mewakili Arsenal pada 1997–2002. Selepas bersara, beliau menjadi scout Arsenal yang berpangkalan di Perancis pada tahun 2006. Beliau dikaitkan dengan jawatan Pengarah Bolasepak di Arsenal pada bulan Julai 2007, yang bertanggungjawab mendapatkan pemain baru, bagaimanapun beliau meninggalkan Arsenal pada 2019.

“Saya memberitahunya bahawa dia seorang kanak-kanak yang ada di Arles, dia bertanya kepada saya berapa banyak [nilai harga], dan saya katakan dia percuma, kerana dia tidak mempunyai kontrak pada masa itu.

“Jadi dia bebas, anda boleh menandatanganinya begitu saja.

Advertisement

“Selama sebulan saya bertengkar dengan ayahnya, yang memberitahu saya Sampdoria, Manchester City, Barcelona mengejarnya.

“Saya katakan dia perlu pergi ke kelab di mana dia akan maju.

“Dan akhirnya saya berjaya mendapatkan satu minggu percubaan untuknya [di Arsenal]. ”

Selebihnya adalah sejarah, kerana The Gunners menandatangani Bennacer dan mengekalkannya di kelab selama beberapa tahun, termasuk meminjamkannya kepada Tours di Ligue 2 selama enam bulan.

Advertisement

Bennacer hanya membuat satu penampilan untuk pasukan utama Arsenal, bermain 71 minit dengan kekalahan 3-0 kepada Sheffield Wednesday pada bulan Oktober 2015.

Ismaël Bennacer bersama Arsenal dari 2015–2017.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply