Bellerin dikesan ‘di ruang udara’ La Liga.

Pertahanan Arsenal itu dikatakan berada dalam radar kelab La Liga, Sevilla.

Marca mempunyai sebuah artikel yang membahas kemungkinan perpindahan Sevilla pada jendela perpindahan yang akan datang.

Dan mereka menyebut kelab itu sebagai ‘penghibur terhebat’ untuk pasaran perpindahan yang akan dibuka nanti.

Laporan Marca pada 14 April yang mengatakan Sevilla adalah ‘penghibur terhebat’ dalam jendela perpindahan.

Musim panas lalu, seramai tiga belas pemain tiba di pasukan La Liga itu dengan Monchi terus membawa masuk ramai pemain, mencari beberapa pemain yang boleh berjaya untuk Sevilla dan kemudian menjualnya demi keuntungan.

Urusan perniagaan mereka itu diteruskan pada jendela perpindahan musim sejuk dan di sebalik kekalutan bolasepak dunia ketika ini ekoran Covid-19, mereka masih berharap dapat kembali menggunakan kesempatan jendela perpindahan yang akan dibuka kelak – jendela perpindahan musim panas untuk meneruskan usaha mereka.

Hector Bellerin

Salah seorang pemain yang dikaitkan dengan kelab itu adalah pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin.

Marca tidak mempunyai banyak maklumat mengenai minat Sevilla terhadap pertahanan kanan The Gunners itu, tetapi kelab Sepanyol itu pasti melakukan penjualan untuk membiayai perpindahan pemain ini, jika ianya benar.

Selain itu, Sevilla juga tidak membelanjakan banyak atau memberikan gaji yang tinggi kepada pemain dan itu boleh menjadi masalah lain kepada perpindahan tersebut.

Laporan Marca pada 9 April 2020.

Bellerin pula ketika ini sangat gembira dengan kehidupannya di Arsenal dan London, serta pasti beliau enggan berpindah ke sana dengan gaji yang lebih rendah daripada apa yang diterimanya sekarang ini di Emirates.

Pertahanan kanan Arsenal itu mempunyai kontrak di London sehingga 2023 dan setakat ini beliau telah membuat 195 penampilan dengan pasukan utama Arsenal dan telah bermain di semua pertandingan utama.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment