Berapakah jumlah kerugian kelab Inggeris ekoran coronavirus.

English Premier League 2019/20

Tindakan Liverpool untuk kepentingan mereka sendiri telah membuatkan ia menjadi toksik untuk kelab Liga Perdana Inggeris.

Liverpool yang menjana keuntungan 42 juta pound bagi musim 2018-19 telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka merancang untuk memberi cuti kepada 200 kakitangan mereka dengan 80 peratus gaji mereka ditanggung kerajaan dan bakinya akan ditanggung oleh mereka.

Bagaimanapun, mereka akhirnya membuat permohonan maaf diatas tindakan dan hasrat tersebut serta membatalkannya.

Laporan Dailymail hari ini telah mengeluarkan senarai kelab dan jumlah kerugian yang dihadapi ekoran wabak Covid-19 ini.

Mengikut laporan mereka, Liverpool bukanlah pasukan yang paling teruk mengalami kerugian disebabkan krisis coronavirus, tetapi Manchester United mencatatkan kerugian paling banyak dengan kehilangan pendapatan sebanyak £116 juta.

Pun begitu, Liverpool masih berada dikalangan Top 3 yang paling banyak mengalami kerugian akibat penangguhan aksi liga dan bolasepak ketika ini.

Tindakan Liverpool yang mahu ataupun bercadang untuk menggunakan dana kerajaan menerima kecaman sebelum mereka menarik balik keputusan tersebut, yang mana ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada kelab bawahan Liga Perdana, yang kini berdepan kesulitan membayar gaji kakitangan mereka.

Namun tindakan Liverpool sebelum mereka membuat pusingan-U telah memberikan konsep itu yang disifatkan sebagai toksik (dakwa Daily Mail).

Analisis kewangan terperinci oleh Sportsmail menunjukkan bagaimana kelab-kelab yang telah mencatatkan kerugian dalam tahun berturut-turut menerima kesan dan impak terbesar jika aksi liga musim ini dibatalkan.

Sebilangan besar pendapatan itu ‘hilang’ menerusi hasil siaran langsung, dengan Everton kehilangan £ 32.2 juta, Crystal Palace £ 31.9 juta dan Brighton £ 23.9 juta, berdasarkan kedudukan liga mereka ketika saingan musim ini digantung.

Ketiga-tiga kelab itu mempunyai sembilan perlawanan lagi yang akan diharungi dan kehilangan sumber pendapatan disitu.

Sheffield United, satu lagi pasukan yang sentiasa mencatatkan kerugian dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akan turut terkesan dengan hasil pendapatan siaran TV.

Perjanjian hak siaran langsung Liga Perdana yang baru ini, buat pertama kalinya menyaksikan kelab-kelab yang menamatkan saingan ditempat yang lebih tinggi akan dibayar lebih banyak berbanding mereka yang menamatkan saingan dikedudukan lebih rendah.

Ini bermakna pihak Sheffield United akan kehilangan £38.8 juta.

Norwich, yang telah memberikan cuti kepada kakitangan mereka, mengalami kehilangan dana (pendapatan) paling sedikit berbanding pasukan lain untuk siaran TV, berdasarkan kedudukan liga terakhir mereka.

Kelab juga akan kehilangan wang hari perlawanan yang dianggarkan – mengikut pengiraan Sportmail dimana angka tersebut berdasarkan purata hasil setiap perlawanan per kelab untuk baki perlawanan yang tinggal.

Di antara golongan pasukan bukan elit, kesan terbesar akan diterima ialah Everton, West Ham dan dengan anggaran hasil hari perlawanan mereka yang dikeluarkan setiap hujung minggu, Burnley juga akan turut sama terkesan.

Sportmail menganggarkan pendapatan komersial dan runcit untuk setiap kelab adalah mencecah 15-20 peratus hasil pendapatan mereka.

Angka-angka tersebut bukanlah sesuatu yang sahih, tidak pasti dan ia adalah ilustrasi serta anggaran serta ia juga mungkin (kelab) menjana pendapatan yang lebih besar atau berkurangan daripada anggaran tersebut, bergantung pada situasi kelab secara individu.

Tetapi mereka memperlihatkan dimana kakitangan yang tidak bermain dikenakan potongan gaji sedangkan pemain masih menerima gaji penuh dengan purata gaji pemain Liga Perdana £ 70,000 seminggu, bukanlah sesuatu yang melucukan.

Brighton, sebagai contoh telah mencatatkan kerugian sebanyak £ 100 juta dalam tempoh lima tahun yang lalu, termasuk £ 21 juta pada tahun lepas.

Dan mereka bergantung kepada ahli perniagaan, Tony Bloom, yang telah melaburkan sebanyak £ 300 juta ke dalam kelab dan kini, mendapati perniagaannya dalam sektor sukan dan rekreasi terjejas oleh krisis coronavirus ini.

Berikut adalah senarai kelab dan jumlah kerugian yang dialamai mereka.

Senarai Kelab Inggeris Dan Jumlah Kerugian

Sumber dan kredit: Daily Mail

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment