Bermain dalam stadium tertutup adalah salah satu pilihan untuk menamatkan UCL dan UEL musim ini: Aleksander Ceferin

Presiden UEFA Aleksander Ceferin berkata Liga Juara-Juara Eropah dan Europa League musim ini mungkin akan diselesaikan dalam stadium tertutup.

Dalam satu temubual bersama ZDF Sportstudio di Jerman, Ceferin mengalu-alukan idea memainkan perlawanan di dalam stadium tertutup (tanpa penonton) andai langkah-langkah pergerakan terhad diteruskan.

Ceferin mencadangkan “Julai atau Ogos” adalah sasaran yang boleh dicapai untuk mula semula.

“Kemudian, UEFA mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perancangan untuk menamatkan musim pada 3 Ogos, dan kata-kata presiden telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang berkongsi sesi temubualnya bersama ZDF.

Kejohanan-kejohanan kelab bolasepak Eropah telah ditangguh, dengan kedua-dua perlawanan akhir telah dibatalkan dan tiada cadangan tarikh baru kerana peningkatan kes pandemik COVID-19.

Aleksander Ceferin

“Sebenarnya kami tidak banyak yang kami tahu,” kata Ceferin.

“Kami masih menanti perkembangan situasi teruk ini yang melanda dunia, terutama di Eropah.

“Bolasepak tidak lagi sama tanpa peminat. Tetapi sudah tentu lebih baik bermain dengan ada peminat dan penyokong daripada tiada langsung.

“Bolasepak tidak lagi serupa tanpa penonton.

“Tetapi masih baik untuk bermain di dalam stadium tertutup dan disiarkan di televisyen, di mana itulah yang mereka perlukan kerana ianya membawa tenaga positif ke dalam rumah mereka, daripada langsung tidak bermain.

“Itulah yang orang ramai inginkan, memberikan tenaga positif, dan ianya akan berlaku samaada Julai atau Ogos.

“Kita tidak boleh bermain pada September atau Oktober.”

Apabila terus ditanya adakah musim ini akan dibatalkan secara mutlak, Ceferin berkata: “Jika pihak berkuasa tidak membenarkan kami bermain, jadi kami tidak akan bermain.”

Be the first to comment