Bintang Arsenal akan tinggalkan kelab pada musim panas.

Kepercayaan berterusan bahawa pemain tu bernilai ‘setengah’ dari € 70 juta.

Awal bulan ini, kami membahas kisah dari Gazzetta dello Sport dalam melihat tawaran yang boleh dibuat oleh kelab Itali pada jendela perpindahan musim panas.

Salah satunya adalah situasi yang melanda sekitar Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal, yang masih tinggal satu tahun lagi dalam kontraknya dan dapat dijual pada musim panas ini.

Aubameyang tentu saja dapat melanjutkan tempoh dan masa tinggalnya di Emirates, tetapi jika The Gunners memutuskan untuk mendapatkan dana tambahan, mereka akan mencari sekitar €35 juta dari mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Itulah yang difikirkan oleh Gazzetta dello Sport pada masa itu, dan mereka tetap dengan pendirian tersebut pada laporan yang dikeluarkan mereka pada hari Rabu.

Ini kerana mereka menjelaskan pemain itu tetap menjadi salah satu nama yang dapat menggantikan Lautaro Martínez di Inter.

Mereka menyatakan pemain antarabangsa Gabon ‘akan meninggalkan’ Arsenal pada musim panas ini dan sementara dia mempunyai ‘nilai permulaan yang tinggi’ sebanyak 70 juta euro, dipercayai bahawa ‘hari ini, perpindahan dapat dilakukan pada nilai setengah dari itu’.

Barcelona begitu berminat untuk menandatangani Lautaro Martinez.

Inter mempunyai minat yang lama terhadap penyerang Arsenal itu di mana mereka sudah mencari peluang untuk melakukan perpindahan sebelum beralih ke Romelu Lukaku.

Dan mereka pasti ‘dapat kembali’ kepadanya dalam beberapa bulan akan datang.

Terdapat juga perbincangan mengenai Barcelona yang berusaha memasukkan Arturo Vidal dan Antoine Griezmann dalam tawaran untk mendapatka Martínez, tetapi itu akan meninggalkan pasukan Serie A dengan masalah kewangan.

Entah bagaimanalah Inter nak bayar gaji Griezman dan Vidal.

Sudah pasti Inter akan pening memikirkan bagaimana untuk membayar gaji pemain Perancis itu yang menerima €17 juta setahun.

Pun begitu, adakah bekas bintang Atlético Madrid itu sedia untuk berpindah hanya setelah setahun bersama Barcelona, tanpa mengira ketegangan dengan Lionel Messi?

Kami tidak begitu pasti dan kita juga tidak tahu.

Griezmann dikatakan tidak ‘sebulu’ dengan Messi.
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment