Ceballos rindukan ‘nasi lemak’

Ceballos

Pemain pinjaman dari Real Madrid memberi bayangan akan meninggalkan Arsenal pada musim panas, tidak sanggup berjauhan dengan keluarga.

Bagi Dani Ceballos, musim ini merupakan sesuatu yang kritikal buatnya dimana beliau perlu mempamerkan aksi yang mampu memikat dan menarik perhatian Luis Enrique.

Untuk itu, beliau perlu mendapatkan masa permainan yang mencukupi bersama Arsenal, dalam usahanya untuk menyakinkan pengurus Sepanyol itu supaya memilihnya bagi kejohanan Euro 2020.

Dan jika itu tidak berhasil, sekurang-kurangnya dia berpeluang untuk mendapat tempat untuk dimainkan di Sukan Olimpik.

Semuanya bermula dengan baik, bermain agak kerap di bawah Unai Emery, tetapi kemudian kecederaan melanda dan pemain tengah itu terlepas aksi untuk tempoh dua bulan.

Pun begitu, kembali cergas, beliau terpaksa bekerja keras kembali dan mengambil masa untuk menembusi pasukan utama, lebih malang situasi tersebut turut berlaku di tengah-tengah perubahan pengurusan di Emirates.

Namun, semuanya akhirnya kembali ke landasan, sehingga pandemik Covid-19 berlaku dan kedua-dua kejohanan, Euro dan Sukan Olimpik ditunda sehingga 2021.

Sekarang situasi ‘lockdown’, Ceballos duduk bersama El Chiringuito di Sepanyol untuk membicarakan musimnya, menyentuh pelbagai subjek, seperti keadaan semasa di Arsenal dan masa depannya.

Buat masa ini, seperti kebimbangan mengenai tempoh pinjamannya lebih menjadi keutaama berbanding kebimbangan utamanya untuk mewakili skuad kebangsaan Sepanyol.

Dengan penggantungan Liga Bolasepak Inggeris dan seluruh Eropah termasuklah kejohanan utama dunia/eropah, ada kemungkinan dia mungkin menamatkan kontrak (pinjaman) bersama Arsenal.

“Saya mempunyai perjanjian pinjaman dengan Arsenal sehingga 30 Jun, dan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan melebihi tarikh itu.” jelas Ceballos kepada El Chiringuito.

Temubual itu bukanlah petanda yang baik untuk The Gunners jika mereka berharap untuk cuba dan mengekalkan Ceballos lebih lama daripada tempoh pinjamannya, seperti yang dijelaskan pemain itu, dia ‘merindui suasana di Sepanyol dan keluarganya’.

Memandangkan beliau masih mempunyai kontrak bersama Real Madrid, sudah pasti dia akan kembali ke sana apabila kempen semasa berakhir, tetapi apa yang berlaku selepas itu masih misteri.

Ada minat kepadanya semasa jendela perpindahan Januari, yang dia sedari.

“Ejen saya memberitahu saya tentang minat pasukan terhadap saya dan saya tidak bermain kerana baru kembali dari kecederaan saya.

“Saya mula berlatih dan keadaan saya berubah. Pada bulan lalu saya mula merasai kepentingan kembali di Arsenal. Ya, saya tahu minat Valencia. ”

Real Betis juga berminat kepadanya, dan Ceballos menjelaskan bahawa jika dia terpaksa bermain untuk kelab di Seville, itu akan menjadi mereka (Real Betis).

Jelas sekali Ceballos tidak berfikir tentang masa depannya di Arsenal, atau di England.

Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa Arsenal dikatakan berminat untuk menandatangani pemain tengah baharu.

About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment