Ceballos tunggu tawaran kelab Sepanyol.

Dani Ceballos

Perkembangan mengenai khabar angin pemain pinjaman Real Madrid yang dikatakan merindui negara asalnya, Sepanyol.

Pemain Arsenal yang dipinjamkan dari Real Madri menunjukkan ‘tanda-tanda berterusan mencintai’ kelab lain, menunggu ‘saat sebenar untuk perpindahan’.

Terdapat percanggahan pendapat hampir setiap minggu mengenai sama ada Dani Ceballos masih dikehendaki di Arsenal musim depan dan juga pemain tengah itu sendiri berminat untuk kekal di Emirates.

Awal minggu ini beliau memberi temubual kepada media Sepanyol dan bercakap tentang mengenai kerinduan terhadap keluarganya di Sepanyol.

Dan itu bagaikan memberi petunjuk bahawa begitu begitu inginkan kembali ke Sepanyol.

BACA: Ceballos rindukan ‘Nasi Lemak’ dan ‘Roti Canai’

Media Sepanyol percaya bahawa masa depan Ceballos di Real Madrid tidak mungkin bertahan dan diperlukan selagi Zinedine Zidane menjadi pengurus mereka.

Zidane secara terang-terangan menunjukkan beliau tidak berminat untuk menggunakan Ceballos dan pemain itu juga masih gagal untuk memikatnya sepanjang tempoh pinjaman di Arsenal.

Dan Ceballos juga bagaikan mengakui bahawa beliau juga gagal untuk memikat Zidane.

Valencia berminat untuk mendapatkan khidmat Ceballos pada jendela perpindahan Januari, namun Madrid tidak berminat untuk memperkuat saingan domestiknya dan perkara itu membuatkan urusan tersebut tidak berakhir dengan baik.

Marca edisi Jumaat melaporkan kisah minat Valencia sekali lagi dan menegaskan bahawa agen pemain tersebut telah bertemu kelab semasa jendela perpindahan musim sejuk.

Real Betis, bekas kelab Ceballos, juga disebut dengan Marca mengatakan pemain tersebut menunjukkan ‘tanda-tanda masih mencintai’ terhadap mereka.

Perkara itu terjadi lagi minggu ini, dengan pemain berusia 23 tahun itu mengatakan dia tidak dapat menyertai Sevilla dan menjelaskan bahawa Betis masih berada di hatinya.

Laporan Marca edisi Jumaat.

Sementara itu, Betis tidak mengambil sebarang langkah untuk menandatanganinya tetapi Ceballos tetap menjadi pemain yang dipertimbangkan mereka.

Betis dikatakan sedang menunggu ‘saat yang tepat’ untuk melakukan perpindahan dan kemudian merebut peluang untuk melengkapkan ataupun menyelesaikan kesepakatan.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment