Connect with us

Arsenal

Chelsea telah ‘menyatakan minat’ pada pemain pertahanan yang turut menjadi sasaran Arsenal.

Published

on

Pemain tersebut boleh meninggalkan kelab pada musim panas.

Gabriel Magalhaes, yang hanya dikenali sebagai Gabriel, tiba di Eropah ketika Lille memperolehi khidmatnya dari pasukan Brazil, Avaí pada tahun 2017.

Pemain pertahanan tengah itu mula tampil secara tetap untuk pasukan Ligue 1 pada awal tahun lalu dan telah menjadi salah seorang pemain penting dalam pertahanan pasukannya.

Persembahannya telah menarik perhatian pasukan dari Liga Perdana Inggeris dengan Chelsea, Everton dan Arsenal dipercayai memantau perkembangannya.

Advertisement

Itu adalah menurut France Football, yang melaporkan pasukan The Blues dan Mikel Arteta telah ‘menyatakan minat’ terhadap pemain Brazil itu.

Laporan France Football pada 17 April 2020.

Ia juga mendakwa pemain tersebut boleh meninggalkan majikannya sekarang pada jendela perpindahan yang akan datang.

Kontrak Gabriel dengan kelab Perancis itu akan berakhir pada 2023 dan menurut France Football, pasukan Christophe Galtier mencari bayaran sekitar € 25-30 juta untuk pemain pertahanan tersebut.

Walaupun nilai ataupun yuran perpindahan pemain tersebut dilihat berpatutan untuk dua kelab London itu menandatangani pemain kelahiran Brazil tersebut, namun pasukan Frank Lampard dan Mikel Arteta berada di belakang Everton dalam perlumbaan untuk menandatangi Gabriel.

Ini kerana menurut laporan tersebut, The Toffes telah bekerja secara konkrit untuk perpindahan pemain itu tersebut sejak Februari lalu.

Dan kelab yang dilatih oleh Carlo Ancelotti telah pun mengumumkan niat mereka untuk menandatangani pada nilai yang dipercayai sekitar 20 juta euro.

Pun begitu, Napoli turut berminat dengan laporan itu tadi mengatakan kedua-dua kelab (Napoli dan Lille) mempunyai hubungan baik dan rapat serta nyaris melengkapkan perpindahan menandatangani Nicolas Pepe pada jendela musim panas yang lalu.

Advertisement