Coutinho semakin hampir kembali ke Liga Inggeris.

Bekas pemain Liverpool yang menyertai Barcelona dilaporkan akan menyertai Chelsea.

Chelsea semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain Barcelona yang terpinggir, Philippe Coutinho pada musim panas ini menurut laporan di Sepanyol.

Coutinho, 27 tahun, bergelut untuk menempatkan dirinya di Camp Nou selepas berhijrah dari Liverpool dalam perpindahan kontroversi pada 2018.

Hadir dengan reputasi antara pembelian termahal Barcelona, beliau bagaimanapun gagal menepati jangkaan dan dipinjamkan ke Bayern Munich musim panas lalu dalam usaha meningkatkan keyakinan serta mengembalikan kariernya di landasan sebenar.

Bagaimanapun perancang Brazil itu menyerlah di Bundesliga dengan meledak lapan gol dan enam bantuan gol sebelum krisis coronavirus merencatkan bolasepak Jerman.

Pun begitu, Bayern tidak berminat untuk mengaktifkan klausa perjanjian pinjaman itu yang memboleh perpindahan tersebut menjadi perpindahan kekal dengan bayaran bernilai €120 juta.

Perkembangan itu bermakna masa depan Coutinho masih tidak menentu namun bekas pemain tengah Liverpool itu dijangka akan kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Media Catalan, Sport mendakwa Blues merupakan peluang realistik kepada pemain tersebut dan Coutinho kini ‘semakin hampir’ untuk melengkapkan perpindahannya ke Stamford Bridge.

Pengendali Chelsea, Frank Lampard melihat Coutinho sebagai pemain berkaliber yang boleh membawa kelab itu ke persada Liga Perdana dalam menyaingi Liverpool dan Manchester City.

Laporan itu mendakwa Barcelona sedia menjual Coutinho dengan nilai €90 juta walaupun mereka membayar €160 juta ketika membawa pemain tersebut ke Camp Nou dua tahun lalu.

Chelsea yakin mereka boleh mendapatkan Coutinho dengan harga lebih murah apabila memikirkan keperluan mendesak Barcelona bagi mendapatkan dana membeli Lautaro Martinez.

Lautaro Martinez, pemain Inter Milan yang menjadi sasaran utama Barcelona pada jendela perpindahan musim panas nanti.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment