Damien Duff dan Keith Andrews sertai pasukan jurulatih skuad antarabangsa Republik Ireland

Tiga bekas pemain antarabangsa Republik Ireland iaitu Damien Duff, Keith Andrews dan Alan Kelly akan menyertai pasukan jurulatih di bawah kendalian Stephen Kenny.

Kenny telah dilantik menjadi ketua jurulatih baru negara itu menggantikan Mick McCarthy selepas kejohanan Euro 2020 telah ditunda kerana pandemik virus corona.

Manakala Jim Crawford bakal mengambil alih tugasan Kenny sebagai pengurus skuad bawah 21 tahun Republik Ireland.

Bekas pemain sayap berpengalaman PL, Duff akan menyertai pada 1 Ogos setelah berkhidmat sebagai jurulatih Celtic Glasgow sepanjang tahun lepas.

Dia telah mendapat 101 caps antarabangsa dan menjaringkan 18 gol sejak membuat debut pada 25 Mac 1998.

Manakala di peringkat kelab, dia sudah membuat 392 penampilan PL untuk empat kelab iaitu Blackburn Rovers, Chelsea, Newcastle United, dan Fulham sebelum bermain kelab terakhirnya iaitu Shamrock Rovers dan bersara pada 2016.

Andrews pula pernah membantu Kenny dalam pasukan bawah 21 tahun, manakala Kelly akan terus menjadi jurulatih penjaga gol.

Jumlah caps antarabangsa kedua-dua adalah sebanyak 66 caps.

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan Sunderland iaitu John O’Shea akan membantu Crawford dalam pasukan bawah 21 tahun, setelah menyumbang keringat sebagai jurulatih Reading.

Pasukan jurulatih serba baru ini hadir setelah Persatuan Bolasepak Ireland membuat keputusan untuk mempercepat proses penggantian pengurus selepas penundaan perlawanan play-off Euro 2020.

Kenny, 48 tahun, dijangka menggantikan McCarthy selepas tamat kejohanan Euro 2020 sebelum isu virus telah menyebabkan penundaannya.

Be the first to comment