Denilson jelaskan mengapa dia harus tinggalkan Arsenal.

Sebelum ini beliau mendedahkan pilihan utama Wenger bukanlah dirinya.

15 April lalu kami mengulas mengenai pemain pilihan utama Wenger ketika menandatangani pemain Brazil dan Denilson menjelaskan di mana dirinya ketika itu bukanlah pilihan utama Arsenal.

Pendedahan tersebut dibuat Denilson kepada Bate Bola Ingles pada 11 April lalu.

Kini dalam satu tembual Denilson bersama Globo Esporte, beliau telah mendedahkan punca mengapa beliau bertindak meninggalkan Arsenal.

Beliau dalam temubual tersebut telah memberikan lebih banyak perincian mengenai pemergiannya dari pasukan London.

Ditandatangani dalam perjanjian € 5 juta dari São Paulo pada tahun 2006, pemain Brazil itu membuat 153 penampilan untuk The Gunners sebelum kembali ke kelab lamanya pada tahun 2011.

Denilson baru berusia 23 tahun pada masa itu dan itu adalah usia muda bagi seorang pemain bolasepak untuk kembali ke Amerika Selatan.

Denilson dibawah kontrak Arsenal pada 2006–2013 (pada 2011-2013 beliau dipinjamkan ke kelab asalnya Sao Paulo).

Tetapi beliau mengatakan alasan dia meninggalkan Arsenal adalah kerana terlalu merindui keluarganya.

“Saya telah tinggal di kelab selama lima tahun dan saya sendiri selama dua atau tiga tahun, maka saya mula membawa teman untuk tinggal bersama.

“Walaupun begitu, saya masih sangat merindui keluarga.

“Saya mengambil teman, tetapi secara emosional saya tidak sihat.

“Saya masih berjaya selama lima tahun,” kata Denilson kepada Globo Esporte.

“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk saya mendapatkan passport Eropah.

“Sudah enam tahun pada masa itu untuk saya mampu mencapainya.

“Saya tidak tahan lagi.

“Ia adalah cuaca sejuk di England, orang-orang yang bersikap dingin dan emosi saya sangat terganggu di negara ini.

“Di padang, hal itu banyak terjadi, mengganggu permainan saya.”

Denilson juga telah mendedahkan bahawa terdapat kelab besar Eropah yang berminat untuk menandatanganinya, tetapi beliau akhirnya tetap memilih untuk kembali ke negara asalnya.

“Saya akan dipinjamkan ke kelab lain.

“Salah satu pihak yang berminat ialah Shakhtar.

“Ada juga minat dari Sevilla, di mana seorang wakil kelab bahkan makan tengah hari di rumah saya, disamping yang lain.

“Saya meminta untuk kembali ke Brazil.

“Sebenarnya saya akan pergi ke Fluminense.

“Itu juga bukan untuk ke São Paulo. Namun pada saat-saat terakhir semuanya berubah dan saya akhirnya kembali ke São Paulo.”

Denilson mewakili Sao Paulo pada 2013–2015 setelah meninggalkan Arsenal.

Pemain itu mengatakan semua itu mungkin menjadi sedikit berbeza sekiranya dia menunggu lebih lama sebelum kembali ke Brazil.

“Begini, saya tidak dapat tinggal di sana lagi.

“Saya memerlukan udara segar.

“Salah satu sebabnya ialah beberapa kelab menunjukkan minat terhadap saya.

“Walaupun begitu, saya mahu kembali ke Brazil, yang merupakan negara saya.

“Ini akan menjadikan saya lebih dekat dengan keluarga.

“Sekiranya saya tinggal, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Saya percaya bahawa jika saya tinggal lebih lama, saya akan mendapatkan passport Eropah.

“Ini adalah kelebihan besar untuk mencari cara lain.”

Namun, dia mengatakan dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk meninggalkan Arsenal.

“Saya tidak menyesal telah kembali ke São Paulo.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berjuang untuk saya kembali ke São Paulo.

“Saya bersyukur untuk semua yang telah dilakukan São Paulo untuk saya sejak saya masih kecil dan setelah saya kembali.”

Denilson menandatangani kontrak bersama Al-Wahda, UAE pada 2015–2017.

Denilson kini berusia 32 tahun, dan setelah bermain untuk pasukan bukan liga Botafogo-SP tahun lalu, dia kini mencari kelab untuk bergabung pada tahun 2020.

Denilson bersama kelab Botafogo-SP, kelab terakhir diwakilinya.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment