Didier Drogba tawarkan hospitalnya untuk bantu lawan virus corona

Didier Drogba

Pemain legenda Chelsea membenarkan penggunaan hospital miliknya di Ivory Coast bagi menangani virus corona.

Hospitalnya itu yang terletak di Abidjan, dibuka pada tahun 2016 dan dinamakan sempena nama bekas pemain bola sepak Ivory Coast Laurent Pokou, yang meninggal pada tahun yang sama pembukaannya.

Wabak semasa COVID-19 ini masih boleh ditangani di seluruh Afrika, namun masih ada ketakutan dan kerisauan virus berbahaya ini mampu merebak pantas.

Hospital Didier Drogba

Ketua majlis kawasan Abidjan Vincent Toh Bi Irie telah mengakui sifat patriotik Drogba, dan berkata hospital ini akan membantu mereka melawan penyakit ini.

“Kami berterima kasih kepada Drogba atas pemberian ini dan menganggapnya sebagai tingkah laku patriotik,” kata Toh Bi.

Kes virus corona yang telah dicatatkan dalam negara itu adalah pada 11 Mac dan semenjak itu, 574 orang telah didiagnosis menghidap virus itu dan mencatat lima kematian.

Hospital ini adalah sebahagian daripada Yayasan Didier Drogba, yang telah buat oleh bekas penyerang Chelsea ini untuk memberi sokongan kewangan dan kebendaan dalam bentuk pendidikan dan kesihatan kepada pelbagai pihak di seluruh Afrika.

Drogba menjaringkan 65 gol dalam 105 caps antarabangsa untuk negaranya dari tahun 2002 – 2014.

Be the first to comment