Connect with us

Arsenal

Dilema Arsenal berhubung pemain pinjaman.

Published

on

Kini lebih dari sebulan sejak Arsenal kali terakhir beraksi dalam mana-mana kejohanan ataupun saingan.

Pandemik coronavirus yang melanda ketika ini memaksa hampir seluruh dunia menangguhkan aksi bolasepak.

Kali terakhir Arsenal beraksi adalah pada 7 Mac menentang West Ham dalam saingan Liga Perdana yang berkesudahan kemenangan buat skuad Arteta.

Advertisement

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah tarikh sebenar Liga Perdana akan kembali disambung (ataupun status sebenar liga) dan ini menyebabkan kisah di atas padang menjadi sepi buat seketika.

Pun begitu, ia tidak bermaksud dunia bolasepak sepi dari sebarang berita.

Masih banyak perkara yang berlaku untuk dibicarakan di luar padang seperti perkembangan perpindahan dan perancangan kelab dalam mengukuhkan pasukan.

Skuad utama Arsenal ketika ini mempunyai empat pemain yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini.

Tiga dari itu merupakan pemain pinjaman manakala seorang lagi merupakan pemain tetap.

Advertisement
Bil. Pemain Posisi Umur Status Kontrak Tamat Nota Nilai
1. Dani Ceballos Central Midfield 23 Pinjaman 30.06.2020 €32 juta
2. Cedric Soares Right-Back 28 Pinjaman 31.05.2020 €8 juta
3. Pablo Mari Centre-Back 26 Pinjaman 30.06.2020 Pilihan beli €4.8 juta
4. Matt Macey Goalkeeper 25 Tetap 30.06.2020 €250k

Masa depan Dani Ceballos bersama Arsenal boleh dikatakan ia akan berakhir dengan pemain itu akan meninggalkan Emirates.

Dan anda boleh membaca laporan mengenai perkembangan pemain tersebut yang telah kami laporkan disini (klik).

Tidak banyak yang boleh diperkatakan lagi memandangkan pemain itu sememangnya tidak berhajat untuk kekal bersama Arsenal.

Manakala nasib dua lagi pemain pinjaman masih menjadi tanda tanya.

Cédric Soares dan Pablo Mari, kedua-duanya ditandantangani Arsenal pada jendela Perpindahan Januari secara pinjaman, setakat ini masih tidak berpeluang untuk membuktikan kehebatan mereka.

Advertisement

Terutamanya Soares yang masih gagal untuk membuat sebarang penampilan bersama skuad utama The Gunners.

Malah kontrak Soares bersama majikannya, Southampton juga bakal berakhir pada 31 Jun 2020 (hanya sebulan selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama Arsenal).

Arsenal masih tidak mampu menilai prestasi pemain tersebut dan ini mencetuskan persoalan adakah Arteta akan mengambilnya secara tetap?

Ataupun melepaskannya selepas berakhirnya kontrak beliau walaupun pemain itu akan bergelar ‘free agent’ sebulan kemudian?

Satu peluang yang terpaksa disia-siakan kerana tidak dapat menguji sepenuhnya pemain tersebut walaupun mampu memperolehinya secara percuma.

Advertisement

Untuk rekod, Soares mampu beraksi pada pemain tengah kanan (right midfielder) selain pertahanan kanan.

Posisi yang mampu dimainkan Soares.

Mari pula baru sekali membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana dan turut membuat sekali penampilan dalam saingan Piala FA, menjadikan dua penampilan bersama skuad utama The Gunners setakat ini.

Selain itu, Mari juga membuat dua penampilan bersama skuad U23 Arsenal, sebelum diberikan peluang bersama skuad utama.

Berikut adalah rekod penampilan Mari setakat ini bersama Arsenal.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Liga Perdana 2 2 90′
Liga Perdana 1 90′
Piala FA 1 90′
Jumlah 2 270′

Pun begitu kontrak pinjaman Mari bersama Arsenal membolehkan The Gunners membelinya selepas berakhirnya tempoh pinjaman ini.

Dan sekali lagi ianya mencetuskan persoalan adakah Arteta telah menyaksikan yang terbaik dan berpuas hati dengan persembahan Mari?

Advertisement
Posisi yang mampu dimainkan Mari

Bagi pemain tetap Arsenal, Matthew Ryan Macey ataupun lebih dikenali Matt Macey, kemungkinan besar beliau akan berhijrah mencari peluang di tempat lain.

Ini kerana faktor usia dimana beliau kini berusia 25 tahun dan bakal berusia 26 tahun pada 9 September ini.

Dan setakat ini, beliau masih lagi gagal membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Arsenal.

Tidak mengejutkan sekiranya beliau membuat keputusan meninggalkan The Gunners pada penghujung musim ini.

Macey menyertai Arsenal pada 23 Oktober 2013 selepas menamatkan tempoh biasiswanya bersama Bristol Rovers.

Beliau (enam tahu lalu) dilihat sebagai pengganti kepada Lukasz Fabianski yang meninggalkan Arsenal ketika itu.

Advertisement

Namun sehingga kini, masih gagal untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal dan tidak mustahil beliau meninggalkan Emirates musim depan.

Dan sekiranya Macey bertindak meninggalkan Arsenal, besar kemungkinan Arteta akan memberi peluang kepada Dejan Iliev untuk mengisi kekosongan selaku penjaga gol ketiga, di belakang Bernd Leno dan Emiliano Martinez.

Dejan Iliev penjaga gol Arsenal berasal dari Macedonia dan ketika ini dipinjamkan kepada kelab Poland, Ekstraklasa untuk tempoh semusim.

Dejan Iliev, 25 tahun mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 30.06.2022

Advertisement