Dimitar Berbatov persoal peluang Aubameyang bermain di Real Madrid atau Barcelona

Dimitar Berbatov

Bekas penyerang Manchester United itu berpendapat Pierre-Emerick Aubameyang lebih tertarik dan bermotivasi dengan peluang untuk memenangi trofi bersama kelab-kelab tersebut.

Tetapi dia juga berfikir penyerang utama Arsenal itu akan bergelut untuk mendapatkan lebih banyak masa bermain samaada di Real Madrid dan Barcelona, dua kelab yang dikhabarkan bersedia untuk mendapatkan pada jendela perpindahan pemain yang akan datang.

Berbatov mempersoal samaada penyerang antarabangsa Gabon ini dapat memaksa supaya hajatnya berpindah ke salah satu pasukan La Liga tersebut.

Namun, keinginannya untuk memenangi trofi-trofi kejuaraan akan mempengaruhi keputusannya di masa hadapan.

“Barcelona dan Real Madrid adalah pasukan pilihan untuk menandatanganinya,” kata Berbatov kepada Betfair.

“Aubameyang perlu menilai setiap pilihan yang ada untuk melihat samaada dia akan mendapat manfaat dan gembira berpindah ke pasukan seperti ini.

“Dari sudut perspektinya, berpindah ke salah satu pasukan ini memang bagus kerana kedua-dua adalah pasukan terbaik dunia, tetapi kamu perlu melihat senarai pemain mereka, yang mempunyai Messi, Suarez, Griezmann, Dembele, Fati, Benzema, Bale, Hazard.

“Adakah Aubameyang akan dapat bermain lebih kerap dalam salah satu skuad itu?

“Dia tidak semakin muda, dia perlu berada di sebuah kelab di mana dia akan terus bermain dan dia merupakan kapten di Arsenal.

“Tetapi faktor terbesar adalah menjuarai banyak trofi.

“Jalan hidupnya, bagaimana bolasepak diuruskan, rakan-rakan sepasukannya dan kehidupan keluarganya di London adalah segalanya yang akan membuatkan dia kekal [di Stadium Emirates]”.

Be the first to comment