Ejen Kurzawa dedahkan ‘tawaran menarik’ dari Arsenal.

Beri amaran kepada Barcelona mengenai potensi perpindahan kepada kelab-kelab lain yang turut berminat terhadap pemain tersebut.

Pada 9 Mac lalu, France Football melaporkan Arsenal tidak akan ‘melepaskan’ peluang dan sebarang kemungkinan untuk menandatangani Layvin Kurzawa.

Dan kontrak pertahanan kiri Paris Saint-Germain itu akan berakhir pada musim panas ini.

Laporan France Football pada 9 Mac lalu.

‘Tawaran Kurzawa’ telah dipaparkan di muka depan Sport bagi edisi 4 April dengan Barcelona dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu.

Pemenang La Liga itu kini mempunyai dua pemain pertahanan kiri, Jordi Alba dan Junior Firpo dalam skuad mereka.

Dengan pemain terakhir (Firpo) tidak meyakinkan para pemimpin Blaugrana, sebab itu mereka akan menjadikannya tersedia (untuk dijual) pada musim panas nanti, hanya setahun selepas dia tiba di Camp Nou.

Sekiranya Barca berjaya melepaskannya, kelab Catalan itu pasti akan mencari pemain yang sepadan untuk memberi saingan kepada Alba.

Dan Kurzawa dilihat sebagai salah satu pilihan yang berpontensi untuk itu.

Pemain Perancis tersebut dikendalikan oleh Kia Joorabchian yang bertindak sebagai ejen dan pemenang La Liga telah berbincang bersama pemain PSG dan ejennya pada Februari lalu.

Kia Joorabchian

Barcelona telah meminta ‘masa untuk menyelesaikan perpindahan’ Junior kepada Joorabchian, supaya mereka boleh menandatangani Kurzawa.

Bagaimanapun, ejen pemain pertahanan kiri itu memberi amaran kepada juara Sepanyol itu bahawa terdapat kelab lain yang turut berminat untuk menandatangani kliennya.

Ia mendakwa Joorabchian telah ‘menerima tawaran menarik’ dari Arsenal dan Napoli serta beberapa minat dari kelab lain.

Laporan Sport pada 4 April lalu.

Difahamkan, pihak Kurawa tidak ingin menunggu lama sebelum memutuskan destinasi berikutnya.

Walaupun pihak Mikel Arteta dan Napoli berminat terhadap Kurzawa, namun keutamaan pemain itu adalah untuk berpindah ke Camp Nou.

Sport, bagaimanapun menyatakan, ‘kontrak telah dibincangkan, tetapi Barça tidak akan membuat tawaran akhir sehingga keseluruhan krisis Coronavirus diselesaikan’.

Ini boleh memberi peluang kepada pasukan lain yang berminat seperti Arsenal untuk bersetuju dengan perjanjian bersama Kurzuwa bagi membawanya ke Emirates, dalam perpindahan percuma pada musim panas nanti.

Barcelona sedia korban Junior Firpo demi menandatangani Layvin Kurzawa
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment