Ejen Thomas Partey mempunyai pendapat mengenai dakwaan perpindahan ke Arsenal.

Sebelum ini, ayah kepada Partey membuat kenyataan mengenai masa depan anaknya itu akan menyertai Arsenal.

Ayah Thomas Partey mengatakan bahawa perbincangan bersama Arsenal sedang berlangsung di mana mereka sedang berunding bagaimana pemain itu akan menyertai dengan The Gunners.

Bercakap kepada sebuah stesen radio di Ghana, Jacob Partey mengatakan bahawa perbincangan sedang berlangsung, mencadangkan kesepakatan sedang dalam perjalanan dan mengatakan dia akan senang melihat anaknya menandatangani kontrak bersama The Gunners.

“Saya menelefon anak saya setelah mendengar khabar angin itu dan dia memberitahu saya bahawa desas-desus itu benar,” katanya kepada Entsie Tru FM (via AS).

“Dia memberitahu saya, mereka sedang mengadakan perbincangan antara dia dan Arsenal.

“Semuanya bergantung pada tawaran yang akan dituntut oleh Atletico.

“Apa yang mereka bincangkan sekarang adalah bagaimana Atletico akan membebaskannya.

“Sekiranya dia pergi ke Arsenal, mereka mempunyai banyak penyokong di Ghana.

“Saya akan gembira jika dia memutuskan untuk pindah ke Arsenal. “

Namun petikan kata-kata ayah Partey itu menimbulkan kekecohan di media Sepanyol dan Inggeris.

Pun begitu, ternyata bahawa tidak lama setelah media antarabangsa mulai membuat liputan mengenai dakwaan tersebut, wakil pemain tengah itu menafikan perbincangan telah dijalankan ataupun diadakan.

JJSports, agensi yang menguruskan kariernya, kini dipetik oleh Marca mengatakan: “Ini semua palsu“.

Marca, sama seperti media-media lain di Sepanyol, meneruskan laporan mereka yang mengatakan bahawa Arsenal tidak pernah berhubung dengan Atletico Madrid setakat ini.

Dikatakan bahawa satu-satunya perbincangan yang sebenarnya berlaku adalah untuk menlanjutkan kontrak pemain tersebut dengan pasukan La Liga itu.

Kontrak semasa Partey akan tamat pada tahun 2023, dan Atletico Madrid berusaha melindunginya dengan perjanjian baru, untuk mengekalkanya di Wanda Metropolitano.

Salah satu sebabnya ialah untuk mengubah klausa pelepasan € 50 juta yang terkandung dalam kontrak semasa Partey.

Ada kemungkinan agensi itu berusaha membuat Atletico gembira, jika tidak, pasti Partey Sr tidak mengatakan yang sebenarnya.

Sebelum ini kami telah mengulas mengenai kisah perpindahan Partey yang mana ia telah melaporkan Arsenal telah membuat tawaran berjumlah € 50 juta.

Dan ia dicetuskan oleh media Itali dan kini merebak ke Ghana sebelum mendapat perhatian media Sepanyol dan Inggeris.

BACA: Tawaran The Gunners ‘€ 50 juta di atas meja

Sama ada ianya benar sebagaimana dakwaan bapa Partey ataupun agensi dan ejen beliau bercakap benar, kita semua bagaikan lali dengan kisah-kisah perpindahan melibatkan Arsenal.

Pun begitu, jika melihat kepada klausa pelepasan Partey, agak sukar untuk mempercayai Arsenal akan bertindak, lebih-lebih lagi pemain ini dikaitkan dengan The Gunners ketika era pemerintahan Unai Emery.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment