Espanyol tawarkan Roca kepada Arsenal.

The Gunners diberi peluang untuk melengkapkan perpindahan pemain Sepanyol.

Arsenal berminat mengambil pemain Espanyol, Marc Roca sebelum mereka menandatangani Dani Ceballos secara pinjaman dari Real Madrid.

Sport melaporkan pada hari Rabu, The Gunners masih berminat terhadap pemain tengah berusia 23 tahun itu dan mengatakan bahawa pemain tersebut ‘sudah menerima’ tawaran dari kelab utara London.

Satu lagi akhbar Sepanyol, AS kini menyuarakan tuntutan yang dibuat oleh Sport dengan menyatakan bahawa terdapat minat dalam perpindahan dan perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir.

Laporan ringkas AS

Walau bagaimanapun, mereka melaporkan pasukan Arsenal tidak mengemukakan sebarang tawaran untuk Roca seperti yang didakwa oleh Sport.

Namun, ia adalah sebaliknya dimana Arsenal telah diberi peluang untuk menandatanganinya.

Roca mempunyai klausa pelepasan € 40 juta dalam kontraknya bersama pasukan La Liga itu, yang mana ia akan berakhir pada 2022.

Dan pemain itu telah dibentangkan kepada Arsenal untuk menandatanganinya, mungkin oleh orang perantara ataupun ejen pemain itu sendiri.

Espanyol berada di kedudukan tercorot liga dan kedudukan itu jelas dalam bahaya dengan kemungkinan disingkirkan ke bahagian dua liga.

Espanyol berada dikedudukan terakhir La Liga ketika ini.

Krisis yang berterusan akibat wabak Coronavirus juga akan memberi kesan kepada kewangan kelab Sepanyol itu.

Oleh itu, Espnayol bukan berada dalam kedudukan terbaik untuk tawar-menawar dalam melepaskan pemain itu, dan sekurang-kurang sedia untuk melepaskan ataupun mendengar tawaran’ untuk Roca, dengan jualan kurang dari € 40 juta.

Itu adalah situasi yang terbaik bagi mereka dalam menangani krisis kewangan ekoran penggantungan liga.

Pun begitu, ianya masih samar sama ada Arsenal benar-benar berminat menandatangani Roca sebagai pengganti Ceballos ataupun tidak.

Dalam perkembangan lain, Ceballos telah memberi bayangan dimana beliau akan meninggalkan Emirates setelah berakhirnya kontrak pinjamannya bersama Arsenal.

Baca: Pemain pinjaman dari Real Madrid memberi bayangan akan meninggalkan Arsenal pada musim panas, tidak sanggup berjauhan dengan keluarga.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment