Everton mahu dapatkan pemain pertahanan muda Barcelona

Jean-Clair Todibo

Everton sudah mula berunding dengan Barcelona untuk mendapatkan khidmat pemain muda mereka Jean-Clair Tadibo.

Pemain berusia 20 tahun ini merupakan pemain sasaran Everton pada Januari lalu tetapi dia memilih untuk menyertai kelab Bundesliga Schalke 04 secara pinjaman sehingga hujung musim.

The Toffees mahu menambah pilihan di bahagian pertahanan mereka, dan sudah menyenaraikan Gabriel Magalhaes dari Lille dalam senarai pembelian mereka yang dijangka sekitar £25 juta.

Todibo, pemain skuad bawah 20 tahun Perancis, dalam senarai pemain yang mahu dijual oleh Barcelona bagi menambah dana pembelian kelab pada jendela perpindahan pemain yang akan datang.

Bakat pemain ini masih mentah, tetapi mempunyai potensi dan teknik yang bagus.

BIODATA RINGKAS

Barcelona
Jean-Clair Todibo

Nama: Jean-Clair Dimitri Roger Todibo
Tarikh & tempat lahir: 30 Disember 1999 di Cayenne, French Guiana
Warganegara: Perancis
Posisi: Pertahanan tengah
Kelab terdahulu: FC Les Lilas 93, FC Toulouse
Kelab sekarang: Barcelona

Difahamkan Schalke mempunyai pilihan untuk membuat perpindahan tetap untuk pemain bernilai £21 juta ini, tetapi lebih memilih untuk satu lagi tempoh pinjaman.

Everton mempunyai perhubungan yang baik dengan Barcelona selepas berjaya membawa masuk Andre Gomes, Lucas Digne, dan Yerry Mina dari Nou Camp sebelum ini.

Mereka juga sudah mempunyai Mason Holgate dan Michael Keane dalam senarai pemain pertahanan mereka tetapi mereka telah digunakan lebih dari perlu dalam beberapa keadaan musim ini.

Be the first to comment