Connect with us

Bekas Pemain

Fabregas gembira moyangnya sembuh dari virus corona

Published

on

AS Monaco

Pemain bintang AS Monaco Francesc Fabregas berterima kasih kepada kepada pekerja kesihatan yang membantu moyangnya sembuh dari virus corona.

Dia mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Twitternya pada hari Rabu lepas.

“Dia telah mengatasi virus itu pada usia 95 tahun. Hasil ujian yang dikeluarkan semalam adalah negatif!”

Advertisement

“Nenek moyang saya adalah super-heroine, tetapi tiada apa yang terjadi ini boleh berlaku tanpa bantuan para doktor dan jururawat yang memberikan segalanya pada setiap masa supaya kami boleh menjalani kehidupan yang lebih baik di saat yang sukar ini.” tulisnya dalam Twitter.

Fabregas mengucapkan penghargaan kepada kakitangan di kediaman nenek moyangnya di Barcelona, menambah: “Kami menghormati anda. Tiada yang mustahil.”

Pemain berusia 32 tahun ini dilaporkan telah menawarkan diri untuk menangguhkan gajinya sehingga Julai untuk membantu kelab mengatasi impak ekonomi akibat pandemik virus corona.

Bekas pemain tengah Arsenal ini menyertai Monaco dari Chelsea pada pertengahan musim 2018/19, membantu kelab yang pada ketika itu bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.

Kehadirannya sedikit sebanyak membantu kelab untuk menduduki tangga ke-17 pada akhir musim, dan terselamat dari tersingkir.

Advertisement

Musim ini, dia membuat 22 penampilan dalam semua pertandingan untuk Monaco.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply