Faustino Asprilla cadang James Rodriguez sertai Manchester United

Real Madrid
James Rodriguez

James Rodriguez dicadangkan untuk mencari jalan menyertai Manchester United pada musim panas ini oleh Faustino Asprilla.

Pemain perancang Colombia ini dijangka akan keluar dari kelab pada musim panas akan datang selepas mengalami beberapa siri kecederaan dan persembahan yang kurang baik, dan rakan senegaranya itu percaya dia sesuai di Old Trafford.

Pemain legenda Newcastle United ini berkata bakat yang dimiliki oleh James membolehkan dirinya bermain di beberapa buah kelab yang lain, tetapi dia menegaskan pemain ini harus membuat keputusan yang tepat.

Faustino Asprilla merupakan antara pemain paling dikenali di Colombia

James bergelut untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama di Bernabeu selepas pulang dari pinjaman dua tahun di Bayern Munich. Dia hanya membuat 13 penampilan sebelum liga digantung.

Spekulasi masih berterusan mengatakan James mungkin beralih ke Premier League, dan Asprilla yakin destinasi paling ideal untuk mengakhiri mimpi ngeri James adalah United.

Dia memberitahu Blu Radio: “Manchester United boleh menjadi destinasi yang baik untuk James.

“Rasanya sudah lama mereka tidak memenangi trofi dan mereka berfikir untuk memperkuat pasukan musim hadapan.

“Mereka mempunyai pemain-pemain yang bagus – seperti Juan Mata, yang mempunyai gaya permainan sama seperti James, walaupun dia lebih dinamik dan menyerang, tetapi saya fikir James boleh menyesuaikan diri dengan mudah dalam skuad itu.”

James menyertai Real Madrid dari AS Monaco dengan yuran perpindahan £63juta selepas persembahan mantapnya dalam Piala Dunia 2014.

Namun dia tidak dapat mengulangi aksinya dalam liga teratas Sepanyol, dan Zinedine Zidane dilaporkan sudah hilang kepercayaan ke atas dirinya.

Asprilla memberikan bayangan James boleh menjumpai semula keyakinan dirinya selepas diberikan peluang sebaiknya.

“James perlu pergi ke tempat yang dia akan bermaim, sebuah kelab di mana jurulatih akan bertanya mengenainya dan mahukannya di dalam pasukannya,” tambahnya.

“Bukan tempat di mana dia menjadi pemain baru dorongan, yang dibeli mengikut kehendak presiden.

“Dia boleh bermain di mana sahaja dengan bakatnya.”

Sejak sertai Real Madrid pada tahun 2014, James sudah membuat 124 penampilan, menjaringkan 37 gol dan membuat 42 assist untuk Los Blancos.

Be the first to comment