Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

FIFA tegaskan saingan bolasepak tidak boleh diteruskan hingga September.

Published

on

Ketua Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Michel D’Hooge menegaskan saingan liga bolasepak tidak boleh diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 1 September depan.

Beberapa liga Eropah termasuk Bundesliga dilaporkan akan menyambung kembali aksi mereka pada awal Mei sementara ‘Project Restart’ dapat menyaksikan Liga Perdana Inggeris akan diadakan secara tertutup pada bulan Jun.

Liga Perdana diberi masa sehingga 25 Mei ini untuk memberikan rancangan mereka kepada UEFA untuk memulakan semula aksi musim 2019/20 yang ditangguhkan ketika ini.

Advertisement

Perancis menjadi negara terbaru yang menamatkan saingan mereka musim ini pada hari Selasa, selepas keputusan sama di buat Belanda.

Tetapi D’Hooghe berpendapat ia adalah terlalu awal untuk mempertimbangkan pemain bersentuhan antara satu sama lain, sekurang-kurangnya ketika peraturan jarak sosial berlaku.

Bahkan tahap pengujian yang signifikan untuk coronavirus mungkin tidak mencukupi.

“Dunia masih belum bersedia untuk saingan bola sepak kompetitif. Saya harap perkara ini dapat berubah secepat mungkin, kamu perlu bersabar.

Advertisement

“Ini adalah situasi paling dramatik yang kita lalui sejak perang dunia kedua.

“Kita tidak boleh memandang mudah perkara ini sebaliknya kita perlu realistik.

“Penjarakan sosial adalah paling penting. Melakukan ujian saringan penting tetapi kamu perlu mengulanginya. 

“Jika seorang pemain didapati positif, kamu perlu meletakkan seluruh pasukan menjalani kuarantin.

Advertisement

“Adakah ini penyelesaian yang kita cari?

“Anda tidak boleh minta Liverpool beraksi menentang Manchester apabila semua pemain perlu menjaga jarak mereka sejauh dua meter.

“Adakah anda pernah bermain bola sepak dengan menggunakan topeng muka?

“Ini tidak mengelakkan daripada penjarakan sosial.

Advertisement

“Penyelesaian hanya akan ada sekiranya vaksin bagi wabak ini sudah ditemui,” katanya via SkySport.