Gareth Southgate bersetuju gajinya dipotong sebanyak 30%

Gareth Southgate

Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate telah bersetuju untuk membuat potongan 30% dari gajinya.

Potongan gaji tersebut hampir berjumlah £1 juta, dan akan disahkan oleh Football Association (FA) pada minggu hadapan.

Berita ini hadir pada penghujung minggu selepas Premier League menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk memotong bayaran gaji pemain untuk mengurangkan tekanan kewangan akibat krisis virus corona.

Wakil FA melaporkan kepada Sky Sports News: “Implikasi kewangan oleh virus corona masih belum diketahui, tetapi sebagai sebuah organisasi bukan untuk keuntungan, kami mahu memastikan kami telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membantu organisasi dan kakitangan kami.

“Kami akan membuat lagi pengumuman mengenai langkah-langkah kami seterusnya.”

Bayarn gaji Southgate dianggar sekitar £3 juta setahun selepas dia menandatangani kontrak baru pada 2018 selepas kejayaan England dalam Piala Dunia 2018 di Russia.

Pada awal minggu ini, Setiausaha Kesihatan Matt Hancock memanggil para pemain PL perlu ‘memainkan peranan mereka’ dan ‘menerima pemotongan gaji’.

Liverpool, Newcastle United, Tottenham Hotspur, Norwich City dan Bournemouth antara kelab yang telah memberikan cuti tanpa gaji kepada kakitangan bukan pemain, sementara para pemain terus dibayar gaji penuh mereka.

Satu mesyuarat antara PL dengan kelab-kelab, Persatuan Profesional Pemain Bola Sepak, dan Persatuan Pengurus Liga pada hari Sabtu untuk membincangkan penangguhan dan pemotongan gaji.

Be the first to comment