Gary Neville sumbang dana kepada kelab Brighouse Town

Pengkritik sukan Sky Sports Gary Neville bermurah hati menyumbang sejumlah dana ke dalam dana kelangsungan hidup kelab Northern Premier League Brighouse Town.

Kelab yang terletak di barat Yorkshire itu merupakan satu dari beratus kelab dalam piramid bukan liga yang bergelut untuk terus kekal hidup selepas musim 2019-20 ditamatkan pada bulan lepas.

Gary telah membuat sumbangan tersebut kerana padang kelab St Giles Road merupakan tempat terakhir dia menyaksikan perlawanan Salford City bersama bapanya Neville, yang telah meninggal dunia pada Ogos 2015.

“Brighouse Town mempunyai tempat yang teristimewa di dalam hati saya walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepada kami dengan kekalahan 3-1 pada hari tersebut.” katanya.

Brighouse Town

“Kami, Brighouse Town FC dengan rasa rendah diri dan teruja dengan sumbangan yang diberikan oleh Gary Neville dan lain-lain,” kata pengerusi kelab James Howard.

“Kemurahan hati ini jelas menunjukkan bahawa komuniti bolasepak bukan sekadar bisnes tetapi juga keluarga dan paling penting adalah ianya sebahagian daripada komuniti kami di Brighouse.

“Kami telah dihubungi oleh individu-individu dan pemain bintang sukan terkenal yang lain yang mahu berkongsi cerita kami, kerana ia telah menyentuh perasaan semua pihak permainan profesional sehingga ke akar umbi.”

Pengurus kelab Vill Powell menambah: “Ianya sesuatu yang tidak disangka tetapi satu perilaku yang hebat dan saya sangat menghargainya.

“Semua pihak menyedari impak ini secara global, dan tiada bezanya dalam bolasepak.

“Ianya waktu yang sukar untuk kelab-kelab bolasepak tetapi untuk kelab-kelab kecil seperti Brighouse Town, impak COVID-19 sangat besar kerana tiada aliran wang masuk, jadi kemurahan hati Gary dan yang lain-lain dalam komuniti bolasepak dan tempatan sangat penting.

“Jadi, jutaan terima kasih kepada kamu Gary Neville dan kepada yang lain yang telah menderma di dalam Just Giving page kami.”

Be the first to comment