Gianluigi Buffon ‘akan tandatangani kontrak lanjutan baru’ bersama Juventus

Juventus
Gianluigi Buffon

Menurut Tuttosport, penjaga gol veteran Gianluigi Buffon dilaporkan akan menandatangani kontrak lanjutan baru bersama Juventus setelah tamat tempoh lockdown.

Andai dia menandatangani perjanjian baru ini, ia bermakna dia akan dapat bermain musim ke-26 sebagai seorang pemain bolasepak profesional.

Berita ini timbul selepas Francesco Totti dan Fabio Cannavaro percaya bekas rakan pemenang Piala Dunia 2006 itu akan terus bermain sehinggalah Juventus ‘akan membuatnya berhenti’.

Bekas kapten AS Roma Totti menjangka penjaga gol tersebut akan memanjangkan kariernya selama yang mungkin.

Totti telah membuat 58 penampilan bersama skuad kebangsaan Itali dan menjaringkan 9 gol sepanjang tempoh dari 1998 – 2006.

“Saya beritahu kamu, Gigi mahu bermain sehingga dia berusia 50 tahun.

“Tetapi dia hanya boleh bermain dua atau tiga musim lagi.

“Tambahan, dia hanya berada dalam gol dan seorang pemain sandaran.” Totti memberitahu Cannavaro dalam Instagram.

Cannavaro, 46, yang mengetuai Itali menjuarai Piala Dunia 2006, telah bersara dari bermain pada tahun 2011, manakala Totti telah menggantung butnya pada 2017.

Fabio Cannavaro mewakili Itali dari 1997–2010.

Buffon juga sudah menjelaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk bersara dalam masa terdekat.

Cannavaro telah menyatakan niat karier Buffon, dengan berkata dia mungkin akan lebih dipaksa untuk bersara berbanding secara sukarela.

“Kamu juga sudah tahu. Dia tidak akan berhenti, tetapi mereka akan membuatkan dia berhenti, di mana ianya sangat berbeza,” balas bekas pertahanan tengah Juventus ini.

Gianluigi Buffon, 42 tahun tidak berhasrat untuk bersama dalam tempoh terdekat.

Be the first to comment