Harry Storer Sr.

Harry Storer Sr. - Kredit foto: Arsenal.com

Kisah Penjaga gol Arsenal yang kemudiannya menyertai Liverpool.

Harry Storer, dilahirkan pada 24 Julai 1870 dan meninggal dunia pada usia 37 tahun, pada 25 April 1908.

Beliau merupakan penjaga gol bolasepak Inggeris yang bermain untuk Arsenal dan Liverpool.

Malah beliau juga merupakan seorang pemain kriket yang bermain untuk kelas pertama bersama Derbyshire pada tahun 1895.

Bolasepak

Harry Storer Sr.

Storer bermain untuk Ripley Town, Derby Midland, pasukan simpanan Derby County, Gainsborough Trinity dan Loughborough, sebelum menyertai Woolwich Arsenal pada Mei 1894.

Beliau membuat debutnya ketika menentang Lincoln City pada 1 September 1894 dan berjaya menempatkan diri untuk menjadi penjaga gol pilihan utama.

Pada musim 1894-95, beliau hanya terlepas dua perlawanan bersama Arsenal dalam kempen Divisyen Dua dan merupakan pemain Arsenal yang pertama untuk menerima penghormatan sebagai wakil pemain setelah dipilih untuk Liga Bolasepak XI pada tahun 1895.

Beliau juga menjadi pilihan utama pada permulaan musim berikutnya, sehingga digantung oleh kelab kerana masalah disiplin pada November 1895.

Dikatakan beliau ketika itu ‘bergaduh; dengan penyokong sendiri yang menyebabkan Storer akhirnya digantung dan tidak lagi menjadi pilihan.

Sepanjang bersama Arsenal (Woolwich Arsenal) beliau telah bermain 41 perlawanan liga dan saingan piala domestik.

Dengan tidak lagi diperlukan lagi oleh Arsenal, Storer akhirnya dilepaskan dan kemudian ditandatangani oleh pengurus Liverpool, John McKenna dan William Barclay pada Disember 1895 dengan nilai perpindahan sebanyak £75.

Storer membuat debutnya bersama Liverpool pada 1 Januari 1896 dengan kemenangan 3-1 ke atas Man. City di Anfield.

Beliau mengekalkan peranannya selaku penjaga gawang utama bersama Liverpool untuk 11 lagi perlawanan, melepaskan hanya 8 gol ketika The Reds bangkit kembali untuk menempatkan diri peringkat teratas liga bolasepak Inggeris.

Storer terus mengukuhkan posisinya selaku penjaga gawang utama bersama pasukan Liverpool, hanya terlepas 7 daripada 87 perlawanan bersama The Reds.

Beliau akhirnya digantikan oleh Matt McQueen yang serba boleh untuk dua perlawanan dan kemudian William Perkins untuk lima perlawanan terakhir musim 1898-99.

Storer kemudian terus dibayangi dan berada dibawah Perkins serta daripada 11 perlawanan sepanjang tempoh itu pada 1899, beliau tidak pernah bermain untuk kelab walaupun dia tidak meninggalkan kelab tersebut sehingga 1901.

Kriket

Storer memainkan enam perlawanan kelas pertama untuk Derbyshire pada musim 1895.

Beliau adalah seorang pemukul bertangan kanan dan memainkan 10 innings dalam 6 pertandingan kelas pertama, dengan skor teratas 35 dan purata 10.22.

Kematian

Storer meninggal dunia di Holloway, Derbyshire pada usia 37 tahun, akibat batuk kering.

Adik Storer, William juga merupakan seorang pemain bolasepak dan pemain kriket, bermain enam Tests untuk England.

Anaknya, Harry Junior, yang juga bermain bolasepak dan kriket, menjadi pengurus antarabangsa dan bolasepak England.

Karier:

Sebagai pemain bolasepak

  • Ripley Town (1886-88) – tiada data,
  • Derby Midland (1888-91 / bergabung dengan Derby County 1891-92) – tiada data
  • Gainsborough Trinity (1892-93) – tiada data
  • Loughborough Town (1893-94) – tiada data
  • Arsenal FC (1894-1895): 41 penampilan,
  • Liverpool FC (1896–1901): 121 penampilan, Juara Divisyen Dua Liga Bola Sepak (1896),
  • Hibernian (dipinjamkan dari Liverpool pada 1897) – tiada data.

Sebagai pemain kriket

  • Derbyshire (1895) – 6 perlawanan

Rujukan:

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment