Henrikh Mkhitaryan sedia tinggalkan Arsenal.

Seminggu yang lalu, Gazzetta dello Sport mendedahkan bahawa Henrikh Mkhitaryan ‘bersedia untuk menurunkan gajinya’ bagi memastikan perpindahan dari Arsenal menjadi kekal di AS Roma.

Laporan Gazzetta dello Sport pada 27 Mac 2020

Tidak ada yang rasmi mengenai perkara tersebut, tetapi itulah yang dibisikkan di belakang tabir di kelab Itali, seperti perkembangan pemain itu untuk kelab Serie A yang semakin diperkatakan sepanjang musim lalu.

Gembira dengan persembahannya walaupun terpalit dengan isu kecederaan, Paulo Fonseca tidak mahu pemain antarabangsa Armenia itu kembali ke London dan pihak Roma kini dilaporkan sedang berusaha untuk memastikan masa depan Mkhitaryan kekal di Rom.

Gazzetta dello Sport mempunyai kemas kini terbaru mengenai perkembangan pemain Arsenal itu dalam laporan mereka, semalam.

Seperti yang telah jelas di masa lalu, pembaharuan kontrak pinjaman Mkhitaryan tidak mudah tidak mungkin, kerana kontrak pemain itu akan berakhir pada 2021 bersama Arsenal, jadi mereka (Roma) sedang memikirkan cara lain yang mampu untuk mengekalkan pemain berusia 31 tahun itu bersama mereka.

Salah satu cara adalah dengan melakukan perjanjian sementara baharu yang mana terdapat klausa untuk membeli pemain (wajib beli) tersebut ditetapkan berdasarkan beberapa faktor.

Setakat ini tidak ada laporan menyatakan bahawa Mkhitaryan sedang berunding ataupun perlu memperbaharui kontrak bersama Arsenal, dan itu seolah-olah menjadi jalan bagi Roma untuk melambatkan pembayaran yang mereka tidak mampu pada musim panas ini (pembelian).

Di samping itu, mereka (Roma) juga memerlukan pemain itu untuk mengurangkan gajinya, tetapi kita semua tahu bahawa Mkhitaryan sudah bersedia untuk berbuat demikian.

Ia juga menyatakan bahawa Mkhitaryan ‘akan menyampaikan hasratnya’ tinggal di Roma kepada Arsenal, yang pasti akan ‘menggembirakan Fonseca’, yang ‘berharap dia akan tinggal sebagai kuning dan merah’.

Laporan Gazzetta dello Sportt pada 2 April 2020

Walau bagaimanapun, sementara ini adalah pilihan ideal Roma, mereka tahu ia bukanlah jalan yang paling mudah untuk dilaksanakan, sebab itulah mereka juga telah merangka ‘plan B’ sekiranya pemain Armenia itu membuat keputusan untuk kembali ke London.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment