Ibu Pep Guardiola meninggal dunia

Pep Guardiola

Manchester City telah mengesahkan ibu kepada pengurus kelab Pep Guardiola telah meninggal dunia selepas dijangkiti virus corona.

Juara bertahan Premier League ini telah menyampaikan berita yang Dolors Sala Carrio telah meninggal dunia pada usia 82 tahun di Manresa, Barcelona pada hari Isnin.

Kenyataan kelab bertulis: “Keluarga Manchester City berdukacita melaporkan kematian ibu Pep Dolors Sala Carrio di Manresa, Barcelona selepas dijangkiti virus corona.

“Dia berusia 82 tahun. Semua pihak di kelab telah menyampaikan pesanan penuh simpati di saat sedih ini kepada Pep, keluarganya dan kesemua rakan-rakannya.

Pep Guardiola dengan ibunya

Dolors merupakan bekas pembantu jualan, dan telah berkahwin dengan bapa Pep Valenti, seorang penyusun batu-bata.

Pemain bintang Man City Kevin de Bruyne mengetuai ucapan takziah kepada pengurusnya dalam media sosial: “Kami semua bersama dengan Pep dan keluarganya buat masa ini. Satu pasukan,”

Sementara itu, pemilik kelab Sheikh Mansour dan pengerusi Khaldoon Al Mubarak telah menghubungi Guardiola untuk menyampaikan ucapan takziah mereka kepadanya.

Kelab-kelab PL menyampaikan ucapan takziah kepada Pep Guardiola

Berita tragik ini tiba beberapa minggu selepas Guardiola membuat sumbangan £920,000 (€1 juta) untuk membantu melawan virus corona di Sepanyol.

Guardiola telah memberikan wang tersebut kepada Dana Angel Soler Daniel yang akan digunakan untuk membeli peralatan kesihatan.

Dana ini dinamakan sempena nama seorang doktor dari Santpedor yang telah meniggal dunia pada tahun 70-an.

Pada awal pemohonan, dana ini hanya mampu meraih €33,000 sebelum sumbangan peribadi Guardiola telah melonjakkan sumber kewangan mereka.

  

Be the first to comment