Connect with us

Barcelona

Ivan Rakitic hentam layanan Barcelona terhadap dirinya

Published

on

Barcelona

Pemain tengah Barcelona ini menegaskan dia yang mengawal masa depannya bukan kelabnya.

Dan dirinya bukanlah seseorang yang boleh diperlaku mengikut sesuka hati kelab.

Barcelona mahu menghantar pemain kebangsaan Croatia ini ke Paris Saint-Germain pada tahun lepas sebagai sebahagian perjanjian untuk membawa Neymar kembali ke Nou Camp.

Advertisement

Tetapi Rakitic telah menolak perpindahan tersebut dan kini menceritakannya kepada akhbar Sepanyol Mundo Deportivo:

“Saya memahami situasi ini, tetapi saya bukanlah seguni ubi kentang yang anda boleh lakukan apa sahaja dengannya”

Rakitic telah memenangi 13 piala sejak menyertai Barcelona dari Sevilla pada 2014.

“Saya mahu berada di satu tempat di mana saya rasa dihormati dan diperlukan.

Advertisement

“Saya gembira jika ianya berada di sini, tetapi jika ianya berada di tempat lain, saya yang akan membuat keputusan, bukan orang lain.

“Tahun ini merupakan tahun terbaik saya sepanjang enam tahun saya di sini dan saya berasa jengkel dengan layanan yang diberikan kepada saya.

“Saya sangat terkejut dan saya tidak memahaminya.”

Ivan Rakitic telah membuat 31 penampilan untuk Barcelona musim ini

Rakitic merupakan pemain kerap digunakan di bahagian tengah Barcelona sehingga musim ini, dengan ketibaan Frenkie de Jong, ini bermakna dia hanya membuat 10 kali permulaan perlawanan La Liga.

“Keputusan perlawanan tidak berapa bagus dan saya juga tidak banyak bermain, sebab itu saya terluka,” luah Rakitic.

Advertisement

“Saya rasa sangat ganjil pada separuh pertama musim ini, sangat tidak selesa dan mengejutkan.

“Saya harap saya boleh menamatkan pada akhir kontrak saya.”

Kontrak Rakitic bersama Barcelona akan tamat pada 2021, dan sehingga sebelum La Liga digantung, pemain yang dilahirkan di Mohlin, Switzerland ini sudah membuat 299 penampilan untuk the Catalans.

Dia juga sudah menjaringkan 34 gol dan membuat 41 assist sepanjang kariernya bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply